Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bottas Redah Laluan Sunyi Ke Singapura, Netizen Malaysia Kata "Kami Pun Tak Berani Lalu Malam-Malam”

Bottas Redah Laluan Sunyi
Kredit: IG Valtteri Bottas

Sejak beberapa hari lalu, aksi pemandu pasukan Cadillac Formula 1 (F1), Valtteri Bottas mencuri tumpuan ramai kerana beliau dilihat menunggang basikal dalam waktu senggang sebelum menghadapi perlumbaan F1.

Malah, perkongsian terbaharunya juga menunjukkan bahawa beliau kini dalam perjalanan untuk ke Singapura selepas tamat perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 4 Oktober.

Bottas redah laluan sunyi dan jarang dilalui

Dari Port Dickson ke Muar dan seterusnya ke Singapura, Bottas melalui jalan yang sunyi, sempit dan jarang dilalui.

Ia dapat dilihat menerusi perkongsian video di Instagram miliknya pada Isnin.

“Ya, saya sedang berbasikal ke Singapura, dengan Canyon Grail CFR baharu saya.

“Melalui jalan berbatu yang jarang dilalui orang,” katanya menerusi kapsyen di perkongsian itu.

Menerusi video yang dimuat naik, Bottas perlu melalui jalan kampung, ladang kelapa sawit serta laluan sempit termasuk pada waktu malam.

Menjengah ke ruangan komen, ada beberapa netizen Malaysia yang memuji semangatnya berbasikal.

Malah ada yang berkata tidak berani berbasikal melalui kawasan seperti itu pada waktu malam.

“Walaupun saya rakyat Malaysia, saya sendiri pun tak berani berbasikal melalui kawasan macam itu pada waktu malam,” kata seorang netizen.

“Bro, kau ni kayuh ikut garis lurus dari Sepang ke Singapura ke apa? Tak ada orang kayuh basikal dalam ladang kelapa sawit. Waktu malam pula tu. Jalan ada, jalan berturap pun ada.

“Kau kena jaga keselamatan, bro. Kami nak tengok kau berlumba lagi pada masa akan datang,” kata seorang lagi.

Sumber:Instagram
Intipati
  • Valtteri Bottas berkongsi video berbasikal menuju Singapura selepas perlumbaan di Litar Sepang.
  • Beliau melalui jalan kampung, ladang kelapa sawit dan laluan sempit termasuk waktu malam.
  • Netizen Malaysia memuji semangatnya, namun ada yang bimbang tentang keselamatan laluan tersebut.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan