Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

BN Hargai Peranan Makkal Sakti Perjuang Kepentingan Masyarakat India - Zahid

MAKKAL
Kredit: Facebook Zahid Hamidi

Barisan Nasional (BN) menghargai peranan Parti Makkal Sakti Malaysia dalam memperjuangkan kepentingan masyarakat, khususnya komuniti India, serta komitmen parti itu bersama BN sejak penubuhannya.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hubungan dan ruang perbincangan antara BN dengan Makkal Sakti terus dipelihara meskipun landskap politik negara mengalami pelbagai perubahan.

“Penghargaan saya ucapkan kepada seluruh keluarga Makkal Sakti yang sentiasa bersama Barisan Nasional dalam susah dan senang.

“Dalam setiap pilihan raya, kalian antara yang turun bekerja siang dan malam menggerakkan jentera. Sumbangan dan kesetiaan itu amat besar nilainya,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menyempurnakan perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Ke-18 Parti Makkal Sakti Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Menurutnya, Makkal Sakti turut menjadi sebahagian daripada perjalanan dan sejarah perjuangan BN.

Katanya, pandangan yang dibawa parti berkenaan berkaitan pendidikan, kemahiran, peluang pekerjaan, keusahawanan serta kebajikan masyarakat India wajar diberi perhatian.

“Bagi saya, suara rakyat perlu didengar, dibawa ke meja perbincangan dan sedaya upaya diterjemahkan kepada tindakan yang memberi manfaat,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri R.S. Thanenthiran serta seluruh keluarga parti berkenaan atas kebersamaan yang terjalin selama ini.

Beliau berharap hubungan itu terus menjadi ruang untuk kedua-dua pihak berbincang, memperbaiki kekurangan dan bekerjasama demi kepentingan masyarakat serta negara.

Intipati
  • BN menghargai peranan Makkal Sakti memperjuangkan kepentingan masyarakat, khususnya komuniti India.
  • Ahmad Zahid berkata hubungan BN dan Makkal Sakti kekal dipelihara meskipun landskap politik berubah.
  • Beliau berkata pandangan Makkal Sakti mengenai pendidikan, pekerjaan dan kebajikan wajar diberi perhatian.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan