Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

‘Bertarung’ Dengan COVID-19 Ketika Lahirkan Anak, Wanita Meninggal Dunia Sebelum Sempat Bertemu Bayinya

Gambar Via Mirror

Seorang ibu yang melahirkan anaknya ketika sedang ‘bertarung’ dengan Covid-19 dilaporkan meninggal dunia dan lebih menyayat hati apabila dia tidak berkesempatan untuk bertemu dengan bayinya, lapor Mirror UK.

Wanita itu menjalani pembedahan kecemasan di Hospital North Memorial di Brooklyn Center kerana doktor bimbang jika bayinya yang belum lahir tidak mendapat cukup oksigen.

Gambar: Mirror

Memetik laporan Mirror, bayinya yang dilahirkan 10 minggu pramatang dan tetap sihat namun wanita tersebut meninggal dunia pada Ahad lalu.

Wanita tersebut mula menunjukkan gejala-gejala Covid-19 pada awal Jun lalu termasuk kerap batuk dan mempunyai masalah pernafasan.

Disebabkan keadaannya semakin teruk, doktor dilaporkan berkata bahawa wanita 35 tahun itu perlu memakai mesin ECMO yang akan berfungsi sebagai jantung dan paru-parunya.

Gambar: Mirror

Suaminya berkata bahawa dia sememangnya diberitahu oleh doktor bahawa isterinya boleh kehilangan banyak darah kerana melakukan pembedahan namun ia merupakan pilihan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawanya.

Suaminya menambah bahawa dirinya dan tiga lagi anak mereka pasti akan merindui wanita hebat itu.

Sumber: Mirror