Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Berdepan Angin Kencang, Juruterbang AirAsia Dipuji Berjaya "Crosswind Landing”

Sofea
Juruterbang AirAsia
Kredit: The Straits Times

Berdepan Angin Kencang, Juruterbang AirAsia Dipuji Berjaya "Crosswind Landing”

Seperti yang diketahui, bukan mudah untuk menjadi seorang juruterbang kerana mereka perlu memastikan semua penumpang sampai ke destinasi dengan selamat.

Juruterbang juga perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk apabila berlakunya cuaca buruk.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular satu video yang menyaksikan aksi juruterbang AirAsia yang berjaya mendarat dengan baik walaupun menghadapi keadaan angin lintang yang kuat.

Ramai memuji aksi juruterbang pesawat jenis Airbus A320 itu yang berjaya mengharungi situasi mencabar tersebut.

Menurut The Straits Times, pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan Taoyuan pada 4 Mei lalu.

Menerusi video terbabit, dapat dilihat pesawat terbabit turun mendarat secara mengiring kerana angin yang sangat kuat pada ketika itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang kagum dan turut bersyukur kerana pesawat itu mendarat dalam keadaan selamat.

"Kalau yang penumpang dalam tu mesti dah berpeluh sejuk bila pilot landing macam tu," kata seorang netizen.

"Salut, ni mesti juruterbang yang mahir," kata seorang lagi.

"Terima kasih juruterbang sebab selamatkan banyak nyawa dan harta benda," puji seorang netizen.