Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Belanda Siasat Dakwaan Kononnya Dua Buah ‘Balai Polis’ Haram China Dibuka Di Negaranya
Kementerian Luar Belanda dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan pihaknya kini sedang menyiasat dakwaan kononnya terdapat dua buah ‘balai polis’ haram China yang dibuka di negaranya, lapor AFP.
”Kami sedang menyiasat aktiviti-aktiviti yang dilakukan di pusat yang didakwa sebagai balai polis tersebut. Apabila kami mendapat maklumat yang jelas, tindakan lanjut akan diambil,” kata wakil kementerian yang memaklumkan kerajaan Belanda memandang serius laporan media tempatan itu.
Kenyataan berkenaan dikeluarkan susulan laporan media tempatan yang mendedahkan kewujudan ‘balai polis’ itu di Amsterdam dan Rotterdam yang didakwa kononnya bertanggungjawab menawarkan bantuan diplomatik, namun tidak membuat sebarang pengisytiharan kepada kerajaan Belanda.
Kementerian Luar Belanda turut mengesahkan tiada pengiystiharan yang dibuat mengenai dua buah ‘balai polis’ itu kepada pihaknya, termasuk melalui saluran diplomatik.
Selain itu, laporan yang sama turut mendakwa kedua-dua ‘balai polis’ berkenaan turut digunakan untuk mendiamkan musuh politik kerajaan China dan memantau gerak-geri warganya yang berada di negara itu, kata syarikat penyiaran RTL dan laman web penyiasatan, Follow The Money.
Dalam pada itu, Menteri Luar China dalam satu kenyataan berkata laporan media Belanda itu sebagai mengarut dan dua buah ‘balai polis’ yang dikatakan itu sebenarnya adalah pusat perkhidmatan yang menawarkan bantuan kepada warganya seperti perkhidmatan menghidupkan lesen memandu.
BACA: Dah Kahwin 47 Tahun & Miliki 10 Anak, Lelaki Dedah Sekali Pun Tak Pernah Tengok Muka Isteri
Sumber: AFP