Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosman Mohd Ibrahim, meninggal dunia di Hospital Shah Alam pada usia 63 tahun semalam.
Menurut kenyataan FAM menerusi Facebook, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada petang semalam.
Rosman yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pengurusan bola sepak pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung FAS dari 2013 hingga 2018.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung FAM pada 2023 sebelum menggalas tanggungjawab sebagai Pengurus Unit Infrastruktur dan Pengurusan Fasiliti FAM.
Jenazah Allahyarham akan disolatkan di sebuah surau di Seksyen 13, Shah Alam hari ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21.
Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan kepada warga bola sepak negara yang mengenali jasa dan sumbangannya dalam bidang pentadbiran serta pengurusan bola sepak.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa-dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solehin.
Al-Fatihah.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan