Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bekas Penjaga Gol Kebangsaan, Mohd Ali Osman Meninggal Dunia

Athirah
Mohd Ali Osman
Kredit: FAM

Bekas Penjaga Gol Kebangsaan, Mohd Ali Osman Meninggal Dunia

Bekas penjaga gol kebangsaan Malaysia, Mohd Ali Osman dilapor meninggal dunia pada usia 82 tahun, awal pagi tadi.

Menerusi hantaran Football Association of Malaysia di Facebook, Allahyarham dikenali sebagai antara penjaga gol berwibawa yang pernah mewarnai arena bola sepak negara sekitar era 1960-an dan 1970-an.

Sepanjang kariernya, beliau pernah beraksi bersama pasukan negeri Perlis dan Pulau Pinang, selain turut mencipta nama di pentas lebih besar bersama skuad kebangsaan Harimau Malaya.

Di samping itu, Allahyarham juga pernah menggalas tanggungjawab penting mewakili negara dalam beberapa kejohanan antarabangsa, termasuk Pestabola Merdeka serta kejohanan Pra-Olimpik.

"Semoga Allah SWT merahmati rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solehin. Al-Fatihah," ujar hantaran itu lagi.

Sumber:Facebook