Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Baru Habis Cuti Hari Malaysia, Warga KL ‘Kira Hari’ Tunggu Cuti Umum Seterusnya

CUTI
Gambar hiasan. Gambar: Jobstreet

Baru sahaja selesai menikmati cuti Hari Malaysia, warga kota kini perlu kembali menjalani rutin harian apabila cuti umum seterusnya hanya akan tiba lebih sebulan lagi.

Tempoh menunggu itu mula menjadi bahan gurauan di media sosial selepas seorang pengguna Threads berkongsi mengenai ‘kemarau’ cuti umum yang bakal dilalui warga Kuala Lumpur.

Berdasarkan jadual Hari Kelepasan Am 2026, cuti umum seterusnya bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah Deepavali pada 8 November, bermakna terdapat tempoh 52 hari tanpa cuti umum bermula hari ini sehingga 7 November.

Terdahulu, pengguna Threads @nieda.hasnida berseloroh mengenai tempoh berkenaan menerusi satu hantaran yang mendapat lebih 7,000 tanda suka.

“Dengan berakhirnya cuti Hari Malaysia pada hari ini, maka kita akan menempuh 53 hari tanpa public holiday. Yang mana ada baki AL (cuti tahunan) lagi bolehlah plan habiskan,” katanya dalam hantaran semalam.

Hantaran itu kemudian mengundang pelbagai reaksi warga maya yang mula berkongsi ‘strategi’ masing-masing untuk memanfaatkan baki cuti tahunan sementara menunggu cuti umum seterusnya.

Seorang pengguna, marinihazlina pula secara berseloroh berkongsi perancangan cutinya sambil mengakui sudah begitu yakin mengenai tarikh yang dipohonnya.

“Tengah tunggu HR email cuti 26/10, tapi aku confident applied cuti 27/10. Dah cakap bos – saya confident Isnin ofis cuti,” katanya.

Tidak ketinggalan, nor4thir4h.rdzi turut berkongsi bahawa beliau sudah merancang untuk mengambil cuti pada beberapa tarikh tertentu.

“Saya cuti sis 1 Oct, cooling period, pastu cuti lagi Jubli Selangor 25hb,” katanya.

Gelagat warga maya itu mencuit hati ramai, terutama mereka yang kini mula membuka kalendar masing-masing untuk mencari ‘lubang’ cuti tahunan sebelum tibanya Deepavali.

Intipati
  • Cuti umum seterusnya bagi Kuala Lumpur ialah Deepavali pada 8 November depan.
  • Pengguna Threads berseloroh mengenai tempoh panjang tanpa cuti umum selepas Hari Malaysia.
  • Warga maya berkongsi rancangan menggunakan cuti tahunan sementara menunggu cuti umum seterusnya.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan