Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bapa, Anak Kongsi Satu Pentas Bersama Genggam PhD

Iqbal Yasir
Bapa, Anak Kongsi Satu Pentas
Kredit: Tiktok @utim_channel

Bapa, Anak Kongsi Satu Pentas Bersama Genggam PhD

Setelah berhempas pulas menuntut ilmu selama bertahun-tahun di universiti, hari graduasi menjadi momen yang paling bermakna untuk setiap pelajar.

Selain mendapat sijil pengiktirafan di atas pencapaian dalam pengajian, hari graduasi juga menjadi ‘ruang’ untuk keluarga dan sanak saudara berkumpul dan bergembira.

Lebih bermakna apabila mendapat hadiah istimewa dari orang tersayang ketika hari tersebut.

Itulah momen penuh bermakna dua beranak, Dr. Nurul Huda (anak) dan Dr. Jafni Ghazali (ayah) berkongsi satu pentas sama selepas menamatkan pengajian peringkat PhD dalam Pengurusan Perniagaan.

Difahamkan, dua beranak itu telah mendaftar bersama pada tahun 2021 sebelum menggenggam skrol itu.

Anak Kongsi Pentas Bersama Bapa, Terima PhD Pada Hari Pertama Konvo UiTM

Menerusi perkongsian video TikTok Universiti Teknologi Mara (UiTM), @ uitm_channel, memaparkan kedua-dua mereka menerima skol berkenaan pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-104 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) hari ini.

"Sekiranya kami boleh, anda pasti boleh," kata Nurul Huda sewaktu ditemu bual selepas istiadat itu.

Netizen Tumpang Gembira, Ucap Tahniah

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya tumpang gembira melihat kejayaan dua beranak berkenaan dalam pencapaian akademik.

Malah, ada sebahagian netizen kini yang turut berkongsi perjalanan yang sama dalam proses menamatkan pengajian bersama ibu dan ayah.

"Saya pun tengah PhD, ayah saya tengah buat PhD kedua. PhD pertama ayah dari UiTM dan kedua dari uni lain (saya tak ingat). Saya tengah PhD di Korea. Takda rezeki nak graduate sama-sam macam ni, tapi excited nak habis serentak dengan ayah," kongsi seorang pengguna.

"Tengok ayah dengan anak konvo sekali pun boleh menitiskan air mata. Tahniah Dr berdua," komen seorang pengguna.