Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Dari luar nampak biasa-biasa sahaja, tetapi apabila melangkah masuk, rupanya boleh menempatkan puluhan dewan pawagam.
Situasi itu membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana sebenarnya ruang pawagam disusun dalam bangunan pusat beli-belah.
Persoalan tersebut menjadi perhatian warga maya selepas seorang pengguna Threads, @faizfazix, meluahkan rasa pelik mengenai saiz bangunan pawagam yang kelihatan kecil dari luar.
“Aku tak faham mana logiknya pawagam boleh bina dalam bangunan. Tengok dari luar macam kecil je bangunan, masuk dalam pula ada 20 lebih hall,” katanya dalam satu perkongsian di Threads semalam.
Perkongsian itu kemudian mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut mengakui pernah tertanya-tanya mengenai susun atur ruang pawagam dalam sesebuah pusat beli-belah.
Menjengah ke ruangan komen, pengguna @mxdmzz_ berkongsi gambaran pawagam ketika masih dalam proses pembinaan.
“For those who wonder. Ni lah cinema during construction. Mall ni ada 10 hall,” ujarnya.
Seorang lagi pengguna, @afiffudin13, pula mengaku masih sukar memahami susun atur pawagam yang kadangkala membuatkan kedudukan pintu masuk dan keluar kelihatan seperti berada di aras berbeza.
“Still tak boleh figure out layout wayang. What do mean nak tengok wayang kena naik atas, then dah habis you keluar tiba-tiba you are two floors below,” katanya.
Sementara itu, @jannah.meesa berseloroh bahawa persoalan mengenai struktur pawagam itu menambahkan lagi perkara yang perlu difikirkan.
“Tadi tanya pasal Aquaria KLCC, dah nak kena fikir cinema pula,” katanya.
Turut mencuri perhatian, @daaddy.mxl berkata dia juga pernah membayangkan bagaimana keadaan penonton di dalam dewan pawagam apabila melihat bangunan tersebut dari luar.
“Aku pun sampai peliklah mall tak besar mana, tapi wayang kemain besar. Sampai aku terbayang dari luar mall, dekat dinding luar macam mana rupa orang dalam wayang,” ujarnya.
Pengguna @acap.8 pula berkata, sehingga kini dia masih belum dapat membayangkan dengan jelas bagaimana keseluruhan pelan lantai pawagam tersebut disusun.
“Aku sampai sekarang tengah tak boleh imagine floor plan diorang,” katanya secara berseloroh.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan