Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bangunan Media Antarabangsa Di Gaza Musnah Selepas Dibedil Bom Oleh Tentera Israel

Bangunan yang menempatkan media antarabangsa di Gaza menjadi sasaran pengeboman tentera Israel sehingga menyebabkan kemusnahan secara total.

Serangan itu berlaku selepas orang ramai yang berada dalam bangunan terbabit diminta untuk meninggalkan bangunan itu dengan segera. Israel juga mengebom rumah Khalil al-Hayeh, salah seorang ketua tertinggi kumpulan Hamas.

Sebelum itu, 10 rakyat Palestin daripada keluarga besar yang terdiri daripada lapan kanak-kanak terbunuh selepas Israel menyerang di bandar Gaza dan seorang warga Israel terbunuh hasil daripada serangan roket di Tel Aviv.

Sumber: Sky News