Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bagi Bakal Siswa Yang Terjejas, Thread Twitter Bantuan Awam Oleh Netizen Ini Mungkin Boleh Membantu Anda

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Semalam, berlaku satu isu yang agak menggemparkan apabila satu arahan berkenaan penangguhan pendaftaran pelajar baharu Institut Pengajian Tinggi (IPT) dikeluarkan.

Berikutan keputusan itu, tidak dapat tidak bakal siswa ini perlu akur untuk tidak meneruskan kemasukan ke kampus idaman mereka.

Mana yang ‘mampu’, Alhamdulillah tiada masalah untuk berpatah balik semula ke rumah dengan tenang.

Namun bagi yang kurang berkemampuan, sudah tentu ada yang terkesan seperti kehabisan wang, tiada tempat tinggal sementara dan sebagainya.

Sehubungan itu, ramai netizen melancarkan bantuan kecemasan awam sebagai tanda solidariti buat siswa-siswa ini.

Seorang warga Twitter, @fana_jaiz membuat satu tweet mengumpulkan beberapa bantuan awam yang ditawarkan oleh netizen di Twitter.

Mungkin thread ini boleh membantu.

Sama-samalah kita sebarkan tweet-tweet ini. Moga dapat membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

Sumber: @Fana_jaiz