Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Badan terasa berat, semangat hilang..", Afiqah Kenang Momen Terakhir Bersama Arwah

Iqbal Yasir
Afiqah Kenang Momen
Kredit: Instagram Afiqah Jalil

"Badan terasa berat, semangat hilang..", Afiqah Kenang Momen Terakhir Bersama Arwah

Pemergian pelakon veteran, Jalil Hamid atau nama sebenarnya Abdul Jalil Abdul Hamid semalam meninggalkan kesan mendalam buat seluruh pencinta industri seni tanah air khususnya ahli keluarga.

Antara individu yang reda dengan pemergian Allahyarham meskipun berat adalah anak perempuan beliau, Afiqah Abdul Jalil.

Terbaru, coretan yang dikongsikannya menyentuh hati orang ramai sewaktu saat arwah menghembuskan nafas terakhir.

"Ayah, saat Ika lihat tubuh ayah terbaring kaku, tercari-cari nadi dan suara mu.."

Ketika itu, dia merasakan badan seperti semangat yang dibawa hilang dibawa angin, meskipun hendak berpijak di atas bumi.

"Ika terus kan buat cpr seperti saranan masa call ambulan. Jangan berhenti beri bantuan CPR selagi ambulan belum sampai.

"Ika cuba yah, ika cuba. Ika cuba sedaya jiwa saya walaupun Ika tahu, sambil meraung sakitnya dalam dada. Ika tahu hakikatnya. Ika tahu Ayah dah tak ada," luahnya.

Luah Afiqah, sebelum menghembuskan nafas terakhir, Allahyarham sempat meluahkan hasrat untuk memiliki kediaman baharu yang jauh dari kesibukan.

Mungkin Inilah Yang 'Rumah' Yang Dimaksudkan

"Rehat la yah, Ayah dah tak penat.. Ayah cakap dengan Ika Ayah nak beli tanah buat rumah jauh dari kesibukan.

"Alhamdulillah, tenangnya rumah Ayah. masih terngiang ngiang perbualan sehari sebelum ayah pergi.

"Rehat la yah, Ayah dah tak penat. Ayah harap Ika jaga ibu dengan abang, selagi nyawa dikandung badan. Ika janji Ika jaga

"Ya Allah, kasihani lah dia, maafkan dia. Kasihani lah dia ya Allah sebagaimana besar kasihnya untukku, sedari aku masih kecil.

"Al-fatihah (dibaca) untuk Allahyarham Abdul Jalil Bin Abdul Hamid.

"Selamat jalan kesayanganku, jiwa dan semangatku. Ayah," titipnya dalam hantaran itu.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya tidak dapat menahan sebak terhadap pemergian arwah termasuk menyampaikan salam takzian dan ucapan doa.

Pada Isnin, Jalil Hamid, 69, dilaporkan meninggal dunia pada  12.30 tengah hari di rumahnya.