Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Azmeer Yusof Cari 10 Lelaki Bawah 40 Tahun Yang Nak Belajar Mengaji Al-Quran Percuma Di Rumahnya

Antara tanda rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita adalah dengan Al-Quran. Kemukjizatan Al-Quran tidak dapat disangkal lagi. Banyak kelebihan yang akan kita perolehi di dunia mahupun di akhirat dengan membaca kalam Allah ini.

Iklan

Menerusi satu perkongsian oleh Azmeer Yusof di Facebook miliknya, pemain pertahanan Kedah itu membuka peluang kepada golongan lelaki yang ingin mempelajari Al-Quran di rumah miliknya.

Malah, dengan hati yang ikhlas beliau tidak mengenakan apa-apa bayaran sekalipun. Quran turut disediakan di rumah bersama ustaz yang dijemput di rumah untuk membimbing mereka yang ingin menuntut ilmu.

Salam Jumaat.. Saya nak buka rumah saya ni kepada Kaum Lelaki BAWAH 40 tahun yang nak mengaji mahupun belajar mengaji.

Jangan malu, jangan segan

Jangan malu, jangan segan. Ni kalam Allah. Kita WAJIB belajar, kita WAJIB membaca. Atleast tiap kali datang satu muka surat pun jadilah, janji kita ada usaha untuk membaca.

Kita kena akui, akhir zaman ni kita dah pun ‘ tinggalkan ‘ Quran. Untuk permulaan ni saya nak mencari dalam 10 orang. Tuan-tuan bawa diri je, quran & ustaz saya sediakan, in syaa Allah. Important is TAK PERLU BAYAR APA-APA.

Rumah saya di Tongkang Yard. Yang berminat boleh PM saya ya, 10 orang terawal sahaja.

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian netizen yang memuji usaha beliau dalam memberi manfaat kepada orang lain dan agama.

Bukan sahaja disifatkan hebat di atas padang, tetapi mempunyai peribadi luar biasa yang harus dicontohi oleh semua.

Bukan ‘biasa-biasa’ di luar mahupun di atas padang

Kami doakan semoga niat murni Azmeer Yusof dipermudahkan oleh Allah dan diberikan ganjaran pahala yang setimpalnya. Amin.

Sumber: