Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Azmeer Yusof Buka Rumahnya Jadi Tempat Majlis Kahwin Secara Percuma, Boleh Muatkan 4 Khemah

Kredit gambar: Azmeer Yusof
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

ALOR SETAR, 3 Dis – Bekas pemain bola sepak pasukan Kedah, Azmeer Yusof menawarkan rumahnya sebagai lokasi majlis perkahwinan secara percuma buat orang ramai.

Azmeer dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia bertujuan sebagai usaha membantu mana-mana pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga untuk berjimat dalam perbelanjaan perkahwinan.

“Rumah saya tak sebesar banglo yang membolehkan hari-hari buat makan BBQ. Tak secantik banglo yang menjadi idaman setiap orang untuk menghadiri setiap ajakan daripada tuan rumah.

“Tapi saya ingin tawarkan kepada semua orang yang nak berkahwin, gunakan rumah saya secara percuma untuk majlis perkahwinan anda,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Kredit gambar: Azmeer Yusof

Jelas Azmeer, hasratnya itu adalah untuk meringankan beban pihak keluarga dalam menguruskan persediaan majlis, di samping turut menasihatkan tentang realiti cabaran kewangan dalam kehidupan berumah tangga.

“Kepada bakal pengantin dan mak ayah pengantin, tolong jimatkan duit anda daripada menyewa dewan atau hotel atau apa-apa sahaja. Saya ada pengalaman, kehidupan selepas berkahwin lebih penting dari sebelum berkahwin.

“Ambil dan gunakan apa yang saya tawarkan ini. Percuma sahaja. Jika nak hulurkan juga saguhati, hanya beri sahaja kepada Pusat Pengajian Azmeer Yusof (PPAY). Saya tidak akan ambil satu sen pun,” tambahnya lagi.

Jelas Azmeer, niatnya tidak lain tidak bukan adalah semata-mata mahu menginfakkan hartanya ke arah kebaikan demi mendapat redha Allah SWT.

“Kata guru saya, Allah akan tanya setiap harta yang kita ada di dalam dunia ini. Apa kita buat dengan harta tersebut?

“Ke mana duit yang kita belanjakan? Dan sebagainya milik kita, Allah akan tanya,” luahnya lagi.

Difahamkan, kawasan tapak rumahnya itu mampu memuatkan sebanyak empat buah khemah, selain di dalammya mempunyai empat bilik, satu bilik air, satu tandas serta turut dilengkapi enam penyaman udara.

Rumah ‘pengantin’ percumanya itu beralamat di No. 9, Lorong Bunga Raya 4, Tongkang Yard, 05050 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Bagi sesiapa yang ingin memanfaatkan tawaran tersebut, Azmeer boleh dihubungi di talian 011-5500 5525.

Kredit gambar: Azmeer Yusof
Kredit gambar: Azmeer Yusof
Kredit gambar: Azmeer Yusof
Kredit gambar: Azmeer Yusof

Sumber: Azmeer Yusof 25