Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Asyik Layan Drama & Filem, Apa Kata “Try” Layan 10 Dokumentari Menarik Yang Ada Di Netflix Ini

Gambar Via Google
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini, pasti ramai yang meluangkan masa untuk menonton pelbagai filem dan drama melalui pelbagai platform penyedia streaming seperti Netflix.

Dengan ratusan filem dan drama dari dalam dan luar negara, orang ramai tidak akan jemu untuk memilih rancangan yang ingin ditonton.

Pun begitu, Netflix juga bukan terhad kepada filem atau drama sahaja, platform itu juga menyediakan dokumentari dari pelbagai negara.

Sebelum ini, ramai warganet yang dilihat berkongsi mengenai cadangan dan senarai filem menarik yang boleh ditonton di platform itu. Tetapi, jarang sekali ada yang berkongsi mengenai senarai dokumentari menarik.

Jangan risau, Psikologis Klinikal, Akif Basri ada berkongsikan senarai dokumentari menarik yang boleh ditonton oleh anda.

Dari jenayah, sukan hingga politik, semua dokumentari tersebut boleh membuka mata anda mengenai ‘dunia’ yang mungkin belum pernah diketahui. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

1. The College Admissions Scandal

2. Formula 1: Drive to Survive

3. Conversations with a Serial Killer: The Ted Bundy Tapes

4. Room 2806: The Accusation

5. Anelka: Misunderstood

6. Crime Scene: The Vanishing at the Cecil Hotel

7. The Social Dilemma

8. Becoming

9. The Playbook: A Coach’s Rules for Life

10. Dirty Money: The Man at the Top

Sumber: Akif Basri