Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

AS Nafi Dakwaan Pesawat Miliknya Ditembak Jatuh Berhampiran Bushehr, Iran

Iqbal Yasir
AS Nafi
Kredit: CENTCOM

AS Nafi Dakwaan Pesawat Miliknya Ditembak Jatuh Berhampiran Bushehr, Iran

Tentera Amerika Syarikat (AS) menafikan dakwaan bahawa pesawat miliknya yang ditembak jatuh berhampiran Bushehr, Iran susulan terdapat dakwaan yang dikeluarkan oleh stesen televisyen kerajaan Iran.

AS Nafi Pesawat Ditembak

Perkara itu dimaklumkan oleh Markas Pemerintahan Pusat AS (CENTCOM) menerusi satu hantaran di platform X.

"Tiada pesawat AS yang ditembak jatuh. Semua aset udara AS berada dalam keadaan selamat dan mencukupi," maklum CENTCOM.

Semalam, AS telah melancarkan serangan baharu ke atas Iran, menyasarkan sebuah tapak tentera di Bandar Abbas, sebuah bandar pelabuhan yang strategik, lapor BBC News.

Markas Pemerintahan Pusat AS (CENTCOM) mengesahkan bahawa pasukannya turut menembak jatuh empat dron serangan sehala milik Iran yang mendatangkan ancaman di sekitar Selat Hormuz.

Menurut CENTCOM, mereka menyasarkan stesen kawalan darat Iran di Bandar Abbas ketika ia sedang bersiap sedia untuk melancarkan dron kelima.

Sementara media Iran melaporkan bunyi letupan kedengaran di bahagian timur bandar tersebut.

Serangan ini berlaku di tengah-tengah gencatan senjata yang rapuh antara AS dan Iran, serta rundingan berlarutan untuk menamatkan perang selama tiga bulan yang telah menyekat lalu lintas di Selat Hormuz sekali gus menyebabkan harga tenaga global melonjak tinggi.

CENTCOM menyifatkan tindakannya sebagai terukur, bersifat defensif sepenuhnya, dan bertujuan untuk mengekalkan gencatan senjata.




Sumber:X CENTCOM