Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

AS Lancar Serangan Di Selatan Iran
TEHRAN -- Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan di pangkalan peluru berpandu Iran di selatan negara itu hari ini, lapor AFP.
Menurut kenyataan Markas Pemerintahan Pusat AS (CENTCOM), serangan itu turut termasuk bot-bot.
"Tentera AS melakukan serangan mempertahankan diri di selatan Iran hari ini bagi melindungi anggota kami daripada ancaman yang ditimbulkan oleh pasukan tentera Iran," kata Tim Hawkins, jurucakap Markas Pemerintahan Pusat AS, dalam satu kenyataan yang tidak memberikan butiran lanjut mengenai serangan tersebut.
Terdahulu pada April, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata bahawa negara itu telah melancarkan serangan pengeboman besar-besaran terhadap sasaran ketenteraan Iran di hab minyak Pulau Kharg.
Dalam satu hantaran di Truth Social, Trump berkata sasaran ketenteraan di Pulau Kharg, yang mengendalikan hampir semua eksport minyak mentah Iran, telah dimusnahkan sepenuhnya dalam salah satu serangan pengeboman paling kuat dalam sejarah Timur Tengah.
Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya buat masa ini tidak menyasarkan infrastruktur minyak di pulau tersebut.
“Namun jika Iran atau sesiapa sahaja cuba mengganggu laluan bebas dan selamat kapal melalui Selat Hormuz, saya akan segera mempertimbangkan semula keputusan ini,” katanya.