Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

AS Bakal Lulus Pakej Senjata Bernilai AS$2.8 Bilion Kepada Israel - Media AS

AS
Kredit: AFP

Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan sedang menuju ke arah meluluskan pakej senjata bernilai AS$2.8 bilion untuk Israel, menurut laporan media AS pada Selasa, dengan penjualan 40,000 bom seberat satu tan antara pakej peluru terbesar yang dijual sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lapor AFP.

The Washington Post melaporkan pakej yang dibiayai menggunakan wang pembayar cukai AS itu merangkumi antara peluru paling berkuasa dalam simpanan persenjataan Barat, termasuk 20,000 bom MK-84, 20,000 BLU-117 dan 20,000 kepala peledak I-2000 Penetrator.

AS Bakal Lulus Pakej Senjata Kepada Israel

Sementara itu, The New York Times melaporkan pentadbiran Presiden AS Donald Trump telah meluluskan penjualan berkenaan, memetik seorang pegawai AS.

Seorang pegawai kanan pentadbiran memberitahu AFP bahawa “semua penjualan senjata asing sedang melalui proses yang sewajarnya”, namun enggan mengulas mengenai urus niaga yang masih belum dimuktamadkan.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Negara AS memberitahu AFP bahawa “sebagai dasar, jabatan itu tidak mengesahkan atau mengulas mengenai cadangan penjualan senjata sehingga ia dimaklumkan secara rasmi kepada Kongres.”

Laporan mengenai perjanjian itu muncul ketika tentera AS sedang berdepan kekurangan bekalan peluru, dengan stok semakin berkurangan susulan perang dengan Iran dan selepas AS membelanjakan AS$22.3 bilion untuk peluru antara 28 Februari hingga 30 Jun.

Pada Februari 2025, pentadbiran Trump telah meluluskan penjualan lebih AS$7.4 bilion dalam bentuk bom, peluru berpandu dan peralatan berkaitan kepada Israel, termasuk peluru MK-84.

Susulan kebimbangan mengenai kematian orang awam di Gaza, pentadbiran bekas Presiden AS Joe Biden sebelum ini telah menyekat penghantaran bom seberat 2,000 paun kepada Israel.

Bagaimanapun, pentadbiran Trump meluluskan penghantaran bom berkenaan selepas mengambil alih pentadbiran pada awal 2025.

Sumber:AFP
Intipati
  • AS dilaporkan menuju kelulusan pakej senjata US$2.8 bilion untuk Israel.
  • Pakej itu dilaporkan termasuk bom MK-84, BLU-117 dan kepala peledak I-2000 Penetrator.
  • Jabatan Negara AS enggan mengulas cadangan penjualan sebelum dimaklumkan rasmi kepada Kongres.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan