Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Apa Itu "Circle of Willis" & Kepentingan Pada Otak Manusia?

Adib Haiqal
Circle of Willis
Kredit: Gambar AI via Gemini

Apa Itu "Circle of Willis" & Kepentingan Pada Otak Manusia?

Tubuh manusia menyimpan pelbagai keajaiban yang sering kita tidak sedari. Di sebalik setiap degupan jantung dan aliran darah, terdapat sistem yang bekerja dengan sangat teliti untuk memastikan kita terus hidup dan berfungsi setiap hari.

Salah satu daripadanya ialah Circle of Willis, rangkaian salur darah di dasar otak yang memainkan peranan penting dalam membekalkan darah, oksigen dan nutrien ke otak.

Susunannya yang unik menunjukkan betapa kompleks dan menakjubkannya ciptaan dalam tubuh manusia.

Walaupun kita sering kagum dengan teknologi moden dan pembinaan hebat, hakikatnya tubuh manusia sendiri sudah memiliki sistem yang jauh lebih halus dan bijaksana.

Ia menjadi peringatan supaya kita lebih menghargai kesihatan dan menjaga amanah tubuh yang diberikan dengan sebaiknya.

Menerusi perkongsian @nick_the_greek58 di Threads baru-baru ini mencuri perhatian ramai, dia berkongsi saraf manusia yang seolah-olah ranting kayu.

Kongsinya, Circle of Willis ialah satu susunan arteri yang terletak di dasar otak.

Rangkaian ini berfungsi dengan bijak, iaitu apabila satu saluran darah tersumbat, saluran lain akan mengalihkan aliran darah bagi memastikan otak terus mendapat bekalan dan kekal selamat.

Kredit: Threads @nick_the_greek58

Untuk lebih penjelasan mendalam mengenai topik ini, SK kongsikan perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di bawah.

Keajaiban Circle of Willis dalam Otak Manusia

Bila tengok gambar macam ini, kita rasa macam sedang melihat ranting pokok yang sangat halus.

Ini ialah Circle of Willis.

Satu rangkaian salur darah di dasar otak yang tersusun sangat indah, sangat teliti, dan sangat menakjubkan.

Apa fungsi dia?

Circle of Willis berfungsi sebagai pusat sambungan bekalan darah ke otak.

Ia menghubungkan beberapa salur darah utama supaya darah, oksigen dan nutrien dapat diagihkan ke bahagian-bahagian penting otak.

Yang lebih menakjubkan, ia juga bertindak seperti laluan alternatif.

Jika aliran darah dari satu arah berkurang, rangkaian ini boleh membantu mengalihkan bekalan melalui laluan lain. Seolah-olah dalam otak kita sendiri sudah ada sistem “backup” yang sangat bijak.

Kita selalu kagum dengan flyover, lebuh raya, sistem moden, dan teknologi canggih. Tapi dalam tubuh manusia sendiri, Allah sudah cipta satu sistem yang jauh lebih halus, lebih kompleks, dan lebih bijaksana.

Dalam kepala kita, ada satu rangkaian kecil yang bekerja diam-diam setiap saat. Kita tak nampak. Kita tak rasa.

Tapi ia terus menjalankan tugasnya dengan penuh ketelitian.

Kadang-kadang kita terlalu sibuk mengejar banyak perkara dalam hidup, sampai terlupa tubuh yang kita bawa setiap hari ini juga satu amanah yang sangat besar.

Sebab itu, hargailah kesihatan sementara kita masih diberi peluang untuk menjaganya.