Follow Me Bundle membolehkan A1 menjejak subjek secara pintar sambil merakam setiap sudut dalam 8K 360°, manakala Remote Controller memberikan kawalan penerbangan yang lebih tepat untuk rakaman dari udara.
KUALA LUMPUR, 21 OKTOBER 2026 – Susulan kejayaan pelancaran dron Antigravity A1 8K 360° pertama di dunia, di Malaysia pada Mac 2026, Antigravity kembali dengan dua pilihan baharu yang memberikan pengguna lebih fleksibiliti ketika menerbangkan dron dan menghasilkan rakaman dari udara. Antigravity, jenama yang dibangunkan oleh Insta360, kini memperkenalkan Follow Me Bundle dan Remote Controller untuk memenuhi keperluan pengguna yang mahukan pengalaman penerbangan lebih mudah atau kawalan yang lebih menyeluruh.
Follow-Me Tracking: Ketenangan Minda dengan Liputan Menyeluruh 360°
Follow Me Bundle menggabungkan A1 bersama aksesori kawalan terbaharu, membolehkannya menjejak subjek secara pintar sambil merakam setiap sudut dalam kualiti 8K 360°. Ini membolehkan pengguna menumpukan perhatian sepenuhnya kepada aktiviti sama ada ketika berbasikal, mendaki, ataupun meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Tidak seperti dron follow-me tradisional yang hanya mampu merakam satu perspektif pada satu masa, A1 merakam segala-galanya di sekelilingnya agar pengguna dapat menikmati detik indah tanpa terlepas apa-apa. Selepas mendarat, mereka boleh beralih antara subjek, menambah kesan pan dan syot sinematik, atau meneroka momen yang tidak disedari sebelum ini, semuanya daripada satu penerbangan.

Penjejakan Visual dan GNSS: Penjejakan Lebih Stabil dan Andal
Pakej ini turut mempertingkatkan keupayaan penjejakan dengan menggabungkan penjejakan visual bersama sokongan GNSS terbina dalam Watch Remote, memberikan kestabilan yang lebih konsisten semasa pergerakan pantas mahupun halangan seketika. Kelebihan ini menjadikannya sangat sesuai untuk aktiviti mendaki, berbasikal, serta perhimpunan beramai-ramai.
Watch dan Ring Remotes: Pengendalian Lebih Mudah dan Praktikal
Kedua-dua Watch Remote dan Ring Remote menyediakan akses pantas kepada arahan penerbangan asas, manakala ciri Drag-to-Fly membolehkan pengguna mengawal dron seolah-olah diikat oleh benang halimunan, melaraskan kedudukannya dengan lancar tanpa mengganggu penggambaran. Pengguna juga boleh “memegang” dron melalui Ring Remote dan membimbing laluannya menggunakan gerak isyarat tangan. Pakej ini turut menyertakan Full-Coverage Propeller Guards baharu yang melindungi kipas A1 sepenuhnya. Digabungkan dengan sistem pengelakan halangan omniarah, ciri ini memberikan ketenangan fikiran semasa penerbangan aras rendah serta di persekitaran kompleks yang mempunyai objek dan orang ramai.
“Tawaran terbaharu kami mencerminkan komitmen berterusan untuk meningkatkan pengalaman penggunaan dron dan menjadikan A1 sebagai dron 360 follow-me terbaik bagi merakam memori sewaktu bersama keluarga dan aktiviti sukan,” kata Michael Shabun, Ketua Pegawai Eksekutif Antigravity. “Seiring dengan perkembangan Antigravity, kami akan terus melangkaui batas kemampuan A1 dan membuka peluang baharu untuk kreativiti udara.”
Remote Controller untuk Pengalaman Penerbangan Klasik
Bagi pengguna yang inginkan kawalan yang lebih tepat dan terperinci untuk rakaman dari udara mereka, Antigravity turut memperkenalkan Remote Controller yang membawakan kawalan dual-stick kepada A1, menggabungkan pengalaman penerbangan 360° yang imersif dengan ketepatan yang diperlukan untuk merakam variasi syot yang lebih luas. Pengguna boleh terbang ke mana-mana arah dan melakukan manuver udara yang lebih kompleks, manakala ciri Fixed View menyelaraskan perspektif tontonan dengan haluan dron, serta Virtual Gimbal membolehkan pengguna melaraskan sudut kamera dengan tepat di udara. Gabungan ini membolehkan pengguna menghasilkan rakaman dinamik seperti Tail Whip, selain peralihan perspektif yang lancar seolah-olah menoleh untuk melihat ke belakang. Remote Controller Bundle Memberikan pelbagai pilihan kawalan penerbangan kepada pengguna.

Price and Availability
Antigravity A1 Follow Me Bundle dan Remote Controller kini boleh didapati melalui kedai fizikal Insta360 Malaysia di seluruh negara, Insta360 Official Store di Shopee, Insta360 Flagship Store di Lazada dan Insta360 Official Store di TikTok.

Untuk maklumat lanjut mengenai Antigravity dan produk terbaharunya, sila layari Lawan Web Rasmi Antigravity, Insta360 Official Store di Shopee, Insta360 Flagship Store di Lazada dan Insta360 Official Store di TikTok.
