Sebut sahaja presint Merdeka 118, pastinya ramai sudah tidak asing lagi dengan bangunan kedua tertinggi di dunia yang kini menjadi antara mercu tanda ikonik negara.
Jika selama ini kita hanya berpeluang mengagumi keunikan bangunan tersebut dari bawah, pernah tak terbayang bagaimana rasanya berada di atas bangunan itu pada ketinggian sekitar 500 meter?
Bukan sekadar menikmati panorama Kuala Lumpur dari sudut berbeza, rupa-rupanya ada pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di atas sana.
Pengalaman berada di tempat setinggi itu pastinya memberikan satu kenangan yang cukup istimewa, lebih-lebih lagi apabila berpeluang menjadi antara individu terawal yang menjejakkan kaki ke sana.
Antara yang terawal rasai pengalaman di The View at 118
Baru-baru ini, sekumpulan individu bertuah menjadi antara yang terawal berpeluang menjejakkan kaki ke The View at 118, Merdeka 118, sekali gus merasai sendiri pengalaman eksklusif di bangunan ikonik berkenaan.
Menerusi gambar yang dirakam sepanjang kunjungan tersebut, pelbagai suasana menarik dapat disaksikan, termasuk keindahan panorama Kuala Lumpur.
Bayangkan, pemandangan bangunan pencakar langit yang biasanya kelihatan begitu gah dari bawah, kini dapat dinikmati dari satu perspektif yang cukup berbeza.

Bukan itu sahaja, para tetamu turut berpeluang merasai pengalaman mendebarkan apabila memasuki kapsul kaca yang menawarkan suasana berbeza ketika berada pada ketinggian luar biasa.
Bagi mereka yang gemarkan pengalaman mencabar, pastinya peluang sebegini menjadi antara momen yang sukar dilupakan.
Lebih menarik, siapa sangka aktiviti sukan seperti pickleball juga boleh dimainkan di aras 118 bangunan kedua tertinggi di dunia?
Itulah antara pengalaman unik yang dinikmati oleh tetamu terpilih apabila mereka berpeluang bermain pickleball di lokasi yang bukan biasa-biasa.

Kalau selalunya kita melihat orang ramai bermain sukan ini di gelanggang atau pusat sukan, kali ini suasananya cukup berbeza apabila aktiviti tersebut diadakan di salah satu bangunan paling ikonik di Malaysia.

Selain menikmati panorama ibu kota dan menyertai aktiviti menarik, para tetamu turut diraikan dengan hidangan ringan serta berpeluang beramah mesra dan berkongsi pengalaman bersama pemegang unit ASB yang lain.

Namun, bagaimana mereka ini boleh mendapat peluang untuk menjadi antara individu terawal menikmati pengalaman eksklusif di The View at 118?
Rupanya sebahagian daripada acara Geng Labur ASB
Rupa-rupanya, pengalaman istimewa tersebut dibawakan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) menerusi acara Geng Labur ASB yang berlangsung pada 21 November 2026.
Acara berkenaan bukan sahaja menghimpunkan para tetamu untuk menikmati pengalaman eksklusif di The View at 118, malah turut menjadi platform meraikan kumpulan pemenang kempen Geng Labur ASB Fasa 1 menerusi sebuah majlis penyampaian hadiah.
Menariknya, Geng Labur ASB membawa satu konsep yang cukup dekat dengan kehidupan seharian kita, iaitu matlamat kewangan tidak semestinya perlu dicapai secara bersendirian.
Kalau selama ini kita ada geng makan, geng bersukan dan geng melancong, apa kata kali ini kita juga mempunyai geng yang saling memberi semangat untuk membina masa depan kewangan yang lebih baik?
Menerusi kempen tersebut, ASNB menggalakkan orang ramai menjadikan pelaburan sebagai salah satu matlamat bersama, di samping menawarkan peluang memenangi hadiah percutian menarik.
Geng Labur ASB Fasa 2 tawar percutian ke Afrika Selatan
Bagi mereka yang terlepas peluang menyertai fasa pertama, jangan risau kerana kempen Geng Labur ASB kini diteruskan dengan Fasa 2 yang menawarkan hadiah percutian tidak kurang menariknya.
Bayangkan dapat bercuti bersama geng sendiri sambil menikmati pengalaman safari di Afrika Selatan. Pasti seronok, bukan?
Menerusi fasa kedua ini, antara hadiah yang ditawarkan ialah percutian enam hari lima malam untuk empat orang ke Club Med Safari, KwaZulu-Natal, Afrika Selatan.
Selain itu, peserta turut berpeluang memenangi penginapan tiga hari dua malam untuk empat orang di Club Med Borneo.
Untuk berpeluang memenangi hadiah tersebut, peserta perlu membentuk kumpulan yang terdiri daripada dua hingga empat individu dengan jumlah pelaburan gabungan sekurang-kurangnya RM20,000 dalam ASB, tertakluk kepada terma dan syarat kempen.
Jadi, selain sama-sama merancang destinasi percutian impian, apa kata ajak geng masing-masing untuk membina tabiat menyimpan dan melabur secara konsisten?
Lagipun, mempunyai rakan-rakan yang berkongsi matlamat kewangan yang sama boleh menjadi salah satu dorongan untuk kita terus berusaha mencapai sasaran masing-masing.
Kempen Geng Labur ASB ini berlangsung sehingga 31 Januari 2027.
Jom tambah ilmu kewangan di MSAM x Jom Heboh 2026
Dalam pada itu, acara eksklusif di The View at 118 tersebut turut menjadi antara aktiviti menjelang penganjuran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2026.
Untuk pengetahuan korang, MSAM merupakan platform anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang bertujuan meningkatkan literasi kewangan serta menggalakkan budaya menyimpan dan melabur dalam kalangan rakyat Malaysia.
Lebih menarik, buat julung kalinya MSAM akan diadakan dengan kerjasama Karnival Jom Heboh, sekali gus menggabungkan pendidikan kewangan, pengalaman interaktif serta hiburan untuk seisi keluarga.
Bukan itu sahaja, MSAM 2026 juga bakal menyaksikan perasmian gerakan Kita Generasi Labur oleh Perdana Menteri.
Gerakan tersebut bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang untuk mengambil bahagian dalam pelaburan, sekali gus membina masa depan kewangan yang lebih kukuh.
Jadi, bagi korang yang masih belum mempunyai perancangan hujung minggu, bolehlah ajak ahli keluarga dan geng masing-masing untuk memeriahkan MSAM x Jom Heboh 2026.
Acara tersebut akan berlangsung pada 27 hingga 29 November 2026, dari pukul 9 pagi hingga 11 malam di Stadium Merdeka, Presint Merdeka 118.
Paling penting, kemasukan adalah percuma!
Bina masa depan kewangan yang lebih baik
Secara umumnya, amalan menyimpan dan melabur bukan sahaja membantu kita merancang kewangan dengan lebih teratur, malah boleh menjadi langkah awal untuk mencapai pelbagai matlamat pada masa hadapan.
Melalui inisiatif seperti Geng Labur ASB, usaha membina tabiat kewangan yang baik juga boleh dilakukan bersama rakan-rakan yang saling memberikan sokongan dan dorongan.
Siapa tahu, daripada sekadar mempunyai geng yang suka merancang percutian, akhirnya kita juga mempunyai geng yang sama-sama berusaha membina masa depan kewangan lebih meyakinkan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Geng Labur ASB dan syarat penyertaan, layari https://www.asnb.com.my/campaign/geng-labur-asb.
