Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anak Menteri Besar Kedah Cedera Akibat Kemalangan

Anak Menteri Besar Kedah
Kredit: Polis Via Bernama

ALOR SETAR, 12 Nov (Bernama) -- Anak perempuan kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor cedera selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran Kampung Alor Setol dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Syed Basri Syed Ali berkata mangsa berusia 20 tahun yang juga pelajar Kolej Islam Darul Ulum Pokok Sena cedera pada bahagian muka dan tangan kiri, serta disyaki mengalami patah pergelangan tangan kanan.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira 4 petang tadi apabila mangsa yang menunggang motosikal Yamaha X-Max 250 dari arah kolejnya di Pokok Sena menghala ke Alor Setar.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal yang ditunggangnya sehingga menyebabkan ia terbabas ke dalam longkang,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata sejurus kejadian, mangsa dibantu oleh orang awam dan pasukan perubatan sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut dan kini berada dalam keadaan stabil.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Intipati
  • Anak perempuan Menteri Besar Kedah cedera selepas kemalangan berhampiran Kampung Alor Setol.
  • Mangsa cedera pada muka dan tangan kiri, serta disyaki patah pergelangan kanan.
  • Polis berkata motosikal mangsa dipercayai terbabas ke dalam longkang selepas gagal dikawal.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan