Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Among Us “Banned” Selama 5 Minit Sekiranya Bertindak Keluar Dari Permainan Dengan Sengaja

Gambar via BBC

Among Us menjadi pemainan mudah alih yang popular pada tahun 2020 dan menjadi pilihan para gamers tatkala wabak COVID-19 sedang melanda. Among Us kini telah mengemas kini di mana melarang mana-mana pemainnya keluar daripada pemainan dengan sengaja.

Permainan ini bertujuan untuk mencari siapakah “impostor” dalam kalangan para pemain yang lain. Hal ini, terdapat segelintir pemain yang sengaja keluar daripada pemain atas sebab tidak seronok, tidak dipilih sebagai “impostor”, dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu, IndieSloth telah mengemas kini di mana pemain boleh di “banned” sekiranya pemain melakukan tindakan keluar daripada permainan dengan sengaja. Ia bertujuan agar permainan menjadi lebih adil bagi para pemain bermain Among Us dengan bersemangat.

Menurut Reddit PickledKoolaid, seorang pengguna telah berkongsi tangkapan skrin di mana pemain yang sengaja keluar daripada permainan yang sudah bermula akan mendapat mesej larangan bermain selama 5 minit. Namun begitu, kaedah ini sudah lama wujud tetapi baru sahaja diperkenalkan secara luas baru-baru ini.

Gambar via Reddit

Justeru, 5 minit kedengaran seakan sekejap tetapi ia cukup memadai untuk memberi pengajaran kepada pemain sedemikian di Among Us.

Sumber: Screenrant