Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir Di Beberapa Kawasan Lapan Negeri Hingga 8 Malam

ribut
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di lapan negeri serta dua Wilayah Persekutuan sehingga 8 malam ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, cuaca buruk itu diramalkan melanda seluruh Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di Perak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Di Pahang pula, amaran berkenaan melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Jerantut dan Raub.

Sementara itu, di Selangor, kawasan yang diramalkan mengalami cuaca buruk ialah Hulu Langat, Gombak, Sepang, Petaling dan Hulu Selangor.

Amaran sama turut melibatkan Seremban, Rembau, Port Dickson dan Jelebu di Negeri Sembilan.

Di Johor, kawasan yang dijangka terjejas ialah Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru, Pontian dan Kulai.

Bagi Sarawak, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Samarahan (Sebuyau), Sri Aman, Bintulu (Tatau), Kapit (Song), Sibu, Mukah, Betong, Sarikei, Limbang dan Miri (Marudi).

Di Sabah pula, kawasan yang terlibat ialah Pensiangan dan Tambunan di kawasan pedalaman, Sandakan, Ranau dan Kota Belud di Pantai Barat serta Kota Marudu di Kudat.

Amaran berkenaan berkuat kuasa sehingga 8 malam ini.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 8 malam.
  • Amaran melibatkan beberapa kawasan di lapan negeri serta Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  • Seluruh Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramalkan mengalami cuaca buruk dalam tempoh amaran.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan