Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir Di 11 Negeri Dan Dua Wilayah Persekutuan Hingga 9 Malam Ini

petir
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa kawasan di 11 negeri serta dua Wilayah Persekutuan sehingga 9 malam ini.

Iklan

Amaran itu melibatkan Kelantan, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Di Kelantan, kawasan yang terlibat ialah Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu dan Tumpat.

Bagi Terengganu, amaran melibatkan Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun, Hulu Terengganu dan Besut.

Sementara itu, di Selangor, kawasan yang dijangka mengalami ribut petir ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat dan Klang.

Amaran turut melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di Negeri Sembilan, kawasan terlibat ialah Seremban, Port Dickson dan Rembau, manakala seluruh negeri Melaka turut berada dalam kawasan amaran.

Bagi Johor, amaran dikeluarkan untuk Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kulai.

Di Sarawak, kawasan yang terlibat termasuk Selangau dan Sibu di bahagian Sibu, Sri Aman, Betong, Limbang serta Telang Usan dan Bario di bahagian Miri.

Sementara itu, di Sabah, amaran melibatkan Tenom, Sipitang dan Pensiangan di kawasan Pedalaman serta Kunak, Tawau dan Semporna di bahagian Tawau.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda tanda yang menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam sedang berlaku atau dijangka berlaku melebihi satu jam.

Amaran berkenaan merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Amaran itu dikeluarkan pada 6.10 petang, 23 November 2026 dan berkuat kuasa sehingga 9 malam pada hari sama.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa kawasan hingga 9 malam ini.
  • Amaran meliputi Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.
  • Amaran jangka pendek itu dikeluarkan pada 6.10 petang, 23 November 2026.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan