Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini

Amaran Hujan Lebat
Kredit: AI/Flow

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di tujuh negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 9 malam ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Facebook, amaran itu melibatkan seluruh negeri Melaka dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Di Perak, amaran membabitkan daerah Kerian, Selama dan Larut Matang.

Begitu juga di daerah Jerantut di Pahang.

Bagi negeri Selangor, beberapa kawasan diramal terlibat iaitu di Petaling, Sepang, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Klang, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Manakala di Negeri Sembilan pula melibatkan Port Dickson, Seremban, Rembau dan Tampin.

Hujan lebat turut diramal berlaku di Tangkak, Muar dan Segamat di negeri Johor.

Beralih ke Sarawak, hujan lebat dijangka melanda Kuching, Sibu (Selangau dan Kanowit), Kapit (Kapit dan Song), Sri Aman (Lubok Antu dan Pantu), Serian, Bintulu (Tatau dan Sebauh), Samarahan.

Amaran hujan lebat

Kredit: MetMalaysia

MetMalaysia berkata amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat di tujuh negeri dan Putrajaya hingga 9 malam.
  • Amaran meliputi seluruh Melaka dan Putrajaya, selain beberapa daerah di enam negeri lain.
  • Amaran ribut petir sah bagi tempoh tidak melebihi enam jam setiap keluaran.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan