Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan lebat dan ribut petir diramal akan berlaku di dua negeri dan satu wilayah sehingga jam 9 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Labuan.
Seterusnya, beralih ke Sarawak, hujan lebat dan ribut petir dijangka akan berlaku di Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri (Subis) dan Limbang.
Manakala di Sabah pula, amaran turut dikeluarkan di kawasan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat Tawau (Tawau), Sandakan (Telupi, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).

Ujar MetMalaysia lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," tulis MetMalaysia lagi.