Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Hujan Lebat Di 11 Negeri, 1 Wilayah Petang Ini

Amaran Hujan Lebat
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di beberapa negeri sehingga jam 6 petang ini.

Amaran hujan lebat

Menurut MetMalaysia, amaran melibatkan seluruh negeri Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Selain itu, ia juga melibatkan negeri Kedah iaitu di Langkawi, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Pulau Pinang pula, hujan lebat diramal di Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan.

Bagi negeri Perak, daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Muallim, Batang Padang, Larut Matang, Selama dan Kerian dijangka terlibat.

Manakala di Kelantan pula membabitkan Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh, Jeli dan Tanah Merah.

Di Terengganu, amaran melibatkan Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun.

Sementara itu, Selangor pula menyaksikan cuaca buruk di Hulu Selangor, Gombak, Sabak Bernam dan Kuala Selangor, manakala di Negeri Sembilan pula hanya melibatkan Seremban.

Di Johor, kawasan Kulai, Kluang dan Kota Tinggi dijangka terlibat.

Beralih ke Sarawak, hujan dijangka berlaku di Limbang (Limbang), Miri (Marudi), Betong, Sarikei, Sibu, Sri Aman (Lubok Antu).

Hujan lebat turut diramal di Sabah iaitu di Sandakan (Kinabatangan, Sandakan, Paitan dan Labuk & Sugut).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga 6 petang.
  • Amaran melibatkan seluruh Perlis, Kuala Lumpur dan beberapa daerah di sembilan negeri lain.
  • Ribut petir dengan hujan melebihi 20 mm sejam dijangka berlaku melebihi sejam.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan