Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Allah Pinjamkan Abang Untuk Hanya 13 Tahun.." Coretan Ibu Untuk Amir Ashraf Sentuh Hati Ramai

Adib Haiqal
Coretan Ibu Untuk
Kredit: Facebook @Puteri Zana

"Allah Pinjamkan Abang Untuk Hanya 13 Tahun.." Coretan Ibu Untuk Amir Ashraf Sentuh Hati Ramai

Pemergian insan tersayang sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam, lebih-lebih lagi cahaya mata yang dikandung selama 9 bulan.

Sudah tentunya perasaan yang dilalui bagai jiwa yang dirobek-robek, mengenangkan momen-momen yang dilalui bersama..

Apatah lagi sebagai seorang ibu, insan bergelar anak dijaga bagai menatang minyak yang penuh sejak dari lahir.

Namun begitu, ia merupakan lumrah dalam kehidupan, setiap yang hidup pasti akan kembali menghadap yang Maha Pencipta.

Meskipun berat untuk menerima kenyataan, ia mengajar erti reda, sabar dalam menerima ketentuan Ilahi.

"Allah pinjamkan abang untuk hanya 13 tahun..."

Semalam, pemergian seorang pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Amir Ashraf, menyentuh hati orang ramai.

Kredit: Facebook Puteri Zana

Menerusi perkongsian di Facebook, ibunya, Puteri Zana, meluahkan rasa rindu yang tidak terhingga terhadap arwah anaknya.

Rindu Yang Tiada Noktah

Pelbagai gambar dan video dimuat naik memaparkan momen bersama anaknya, mengubati jiwa yang dilanda ribut pilu.

"Al-Fatihah untuk anak syurga umie. Umie simpan segala kenangan abang biar umie boleh tengok selama-lamanya.

Kredit: Facebook Puteri Zana

"Abang seorang anak yang bertanggungjawab, penyayang, sentiasa menjadi pendengar umie, pemberi semangat umie.

"Allah pinjamkan abang untuk hanya 13 tahun," luahan pilu ibu.

Dia turut menitipkan doa agar anak tercinta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan dikurniakan syurga Allah.

Siasatan Awal Kes Pelajar Ditemui Tidak Sedarkan Diri di Asrama

Allahyarham Amir Ashraf dilaporkan meninggal dunia di Hospital Gua Musang selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di asrama sekolah pada kejadian semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati kematian tersebut dipercayai berpunca daripada masalah kesihatan, melibatkan pendarahan spontan di bahagian kepala serta paru-paru berair.

Beliau turut memaklumkan bahawa tiada sebarang unsur jenayah ditemui berdasarkan pemeriksaan awal yang dijalankan pihak berkuasa.

Kes berkenaan kini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mendapatkan laporan lengkap.