Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Aktivis Hak Asasi Manusia Dedah Video Anjing Dipanggang Hidup-Hidup, Disimbah Air Mendidih Di China

Gambar: Daily Mail

Beberapa rakaman berbentuk penyiksaan haiwan telah dikongsikan dan semakin menular di ruangan maya.

Iklan

Menurut portal Daily Mail, kumpulan Aktivis Hak Asasi Haiwan telah berkongsikan rakaman anjing dipanggang ‘barbeku’ di pasar daging di China.

Gambar: The Sun

Rakaman tersebut menunjukkan anjing tersebut masih menyalak kesakitan dan membuka mulutnya dengan darah yang mengalir.

Rakaman lain pula menunjukkan seekor anjing disimbah dengan air mendidih pada bahagian badannya.

Gambar: Daily Mail

Perkongsian video itu adalah persediaan bagi perarakan ke kedutaan China di London bagi menuntut keadilan bagi haiwan tersebut.

Satu kempen yang dikenali sebagai No to Dog Meat telah dilancarkan bagi bertindak balas terhadap penindasan haiwan.

Gambar: Daily Mail

Mesej yang disampaikan melalui kempen tersebut adalah bagi tindak balas mereka bagi mengurangkan serta menghentikan perbuatan tersebut.

Walau bagaimanapun, rakaman tersebut tidak dapat disertakan kerana mempunyai grafik yang terlalu sensitif untuk dikongsikan.

Sumber: The Sun