Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Akibat Tidak Mahu Berjumpa Doktor Gigi, Lelaki Ini Letak Minyak Brek Pada Gigi Sakit Sehingga Masuk ICU

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Gigi adalah merupakan antara organ manusia yang paling penting kerana tanpanya, kita tidak akan dapat menikmati makanan sepenuhnya.

Malah, sakit gigi juga merupakan kesakitan yang amat sukar untuk ditanggung bukan sahaja oleh kanak-kanak, tetapi juga untuk orang dewasa.

Akan tetapi, jangan terkejut jika ada daripada orang dewasa yang masih lagi takut untuk berjumpa dengan doktor gigi. Hal itu menyebabkan mereka lebih gemar untuk cuba merawat sendiri kesakitan yang dirasai.

Antara petua-petua yang sering kita dengar untuk menghilangkan rasa sakit gigi ialah dengan berkumur air larutan garam, menggigit bunga cengkih dan banyak lagi. Namun, ada juga petua pelik seperti menyapukan minyak brek motor pada kawasan yang sakit.

Walaubagaimanapun, menyapu minyak brek motor pada gigi adalah satu tindakan yang tidak berasas dan merbahayakan. Ikuti kisah benar yang diceritakan oleh seorang petugas di Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui akaun Facebook-nya, Happy Wee ini.

Happy Wee
Happy Wee

Diharapkan para pembaca untuk mengambil serius mengenai pesanan doktor ini dan berjumpalah dengan pakar walau apa jua penyakit yang dihadapi. Jangan lupa untuk jaga kesihatan dan kebersihan gigi anda ya.

Sumber: Happy Wee