Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ahmad Farhan Dilantik Pengerusi Baharu PH Pahang

AHMAD FARHAN
Kredit: Facebook Ahmad Farhan Fauzi

Ahmad Farhan Dilantik Pengerusi Baharu PH Pahang

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat Pahang, Ahmad Farhan Fauzi dilantik sebagai Pengerusi baharu Pakatan Harapan (PH) Pahang berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan itu diputuskan menerusi Mesyuarat Agung Tahunan PH Pahang bagi tahun 2025 yang berlangsung hari ini.

Dalam masa sama, Pengerusi Democratic Action Party (DAP) Pahang yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Lee Chin Chen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan daripada Parti Amanah Negara, Mohd Fadzli Mohd Ramly turut dilantik sebagai timbalan pengerusi.

Sekretariat PH Pahang dalam satu kenyataan memaklumkan, pelantikan kepimpinan baharu itu diyakini mampu memperkukuh struktur organisasi gabungan tersebut di negeri berkenaan.

Menurut kenyataan itu, langkah tersebut penting bagi memastikan gerak kerja parti di semua peringkat dapat disusun dengan lebih teratur, berfokus dan berlandaskan kepentingan rakyat.

Selain itu, mesyuarat berkenaan turut menetapkan beberapa agenda penting sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain menyusun strategi awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Katanya, semua parti komponen PH Pahang akan digerakkan sepenuhnya bagi memperkemaskan jentera serta melaksanakan pelbagai aktiviti di setiap kawasan bagi memastikan kesiapsiagaan berada pada tahap terbaik.