Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ahli Parlimen Batu Sapi Meninggal Dunia Dipercayai Akibat Jangkitan Paru-paru

SANDAKAN, 2 Okt (Bernama) — Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia pagi tadi dipercayai akibat jangkitan paru-paru.

Menurut sumber daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) ketika mengesahkan perkara itu, mendiang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu kita-kira 11.50 pagi.

Difahamkan keluarga mendiang belum bersedia untuk membuat kenyataan.

Liew, 60, yang berasal dari Kota Belud, dipilih sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu dan pernah menjawat Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta merupakan Pengerusi Tetap Warisan

Mendiang meninggalkan isteri Datin Dr Lindai Lee dan empat anak.

Sumber: BERNAMA