Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jenama sukan global adidas Malaysia secara rasmi mengumumkan kerjasama bersama SCORE Marathon 2026 sebagai Rakan Pakaian Sukan Rasmi, sekali gus mengukuhkan komitmen dalam memperkasa komuniti larian di Malaysia.
Acara ini akan berlangsung pada 18 hingga 19 Julai 2026 di Dataran Putrajaya dan dijangka menghimpunkan sehingga 50,000 peserta. Ia juga menyasarkan pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai acara larian terbesar di negara ini.
Bertemakan kempen “You Got This”, adidas menegaskan bahawa setiap pelari, tanpa mengira tahap, berhak mendapat sokongan, keyakinan dan dorongan untuk terus melangkah lebih jauh.
Menurut Country Manager adidas Malaysia, Preston Page, kerjasama ini bukan sekadar tentang pakaian sukan, tetapi membina komuniti larian yang lebih kuat.
1. Running Clinics (Mei – Julai 2026)
Program latihan larian bersama adidas Runners Kuala Lumpur (ARKL), jurulatih bertauliah, pacers dan pelari elit. Fokus kepada teknik pacing, ketahanan, persediaan hari perlumbaan dan pemulihan.
2. Race Entry Pack Collection (REPC) – 16 hingga 18 Julai 2026
Zon pengalaman Adizero yang membolehkan peserta mencuba produk seperti Adizero Evo SL dan Adizero Adios Pro 4, termasuk sesi konsultasi serta booth personalisasi produk.
3. Race Village Experience
Zon pemulihan selepas larian, aktiviti sambutan penamat, sesi bergambar pingat serta pameran produk prestasi tinggi adidas.
Untuk maklumat lanjut, ikuti @adidasMY dan @scoremarathon di media sosial.