Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

adidas Buka Butik Pertama Di Luar Pusat Beli-Belah Di The Campus Ampang

Nur Farra

adidas terus memperkukuh kehadirannya di Malaysia dengan pelancaran Home of Originals di The Campus Ampang, sebuah konsep butik baharu yang bukan sekadar ruang jualan, tetapi pusat komuniti yang menggabungkan sukan, gaya hidup dan budaya setempat.

Menjadi butik pertama adidas di Malaysia yang dibuka di luar pusat beli-belah tradisional, Home of Originals hadir dalam suasana The Campus Ampang yang dihidupkan semula daripada bekas kawasan kampus, kini berubah menjadi ruang gaya hidup hiper-lokal yang dinamik.

Dengan rekaan berinspirasikan estetika industri, butik ini menampilkan koleksi terpilih adidas Originals termasuk pakaian, kasut dan aksesori berteraskan fesyen. Turut menjadi tarikan ialah zon interaktif “MADE FOR YOU”, yang memberi pengalaman lebih peribadi kepada pengunjung dalam meneroka gaya mereka sendiri.

“Home of Originals di The Campus Ampang mencerminkan pendekatan baharu adidas dalam memperkukuh kehadiran kami di bandar ini,” kata Pengurus Negara adidas Malaysia, Preston Page.

“Ini bukan sekadar ruang runcit, tetapi sebuah hab komuniti yang dibentuk oleh budaya setempat. Kami mahu ia menjadi tempat pertemuan, aktiviti larian komuniti, dan juga ruang aktivasi seperti adidas Football Park. Ini adalah peralihan daripada sekadar perniagaan runcit kepada perniagaan yang berteraskan budaya.”

Bagi meraikan pembukaan, adidas telah menawarkan pengalaman istimewa dari 1 hingga 3 Mei 2026, khusus untuk ahli adiClub.

Pengunjung yang berbelanja minimum RM399 telah berpeluang menikmati:

  • Aiskrim percuma daripada Piccoli Lotti

  • Pastri daripada Universal Bakehouse

Selain itu, pembelian adidas Essentials Tee turut melayakkan pelanggan menerima piring hitam Campus edisi khas (selagi stok masih ada).

Ahli adiClub juga telah berpeluang menebus ganjaran eksklusif termasuk sesi Pilates terhad di Flow Studio menggunakan mata ganjaran adiClub sepanjang tempoh sambutan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang berikut dan ikuti saluran media sosial kami untuk perkembangan terkini.

Laman Sesawang Rasmi: www.adidas.com.my Facebook: www.facebook.com/adidasMY Instagram: @adidasMY