Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Adakah Kucing Bersedih Selepas Kehilangan?

Gambar Hiasan

Kehilangan insan tersayang bukan sahaja memberi kesan kepada manusia, malah haiwan juga dipercayai mampu menunjukkan perubahan tingkah laku apabila kehilangan teman rapat mereka.

Bagi haiwan yang sudah terbiasa ditemani, ketiadaan teman itu boleh mengubah rutin harian mereka dan membuatkan suasana terasa berbeza.

Adakah Kucing Mengalami Kesedihan?

Menurut ahli psikologi, Jennifer Vonk berkata kucing akan berasa sedih ketika kucing atau temannya yang lain mati.

Sesetengah kucing mengubah tabiat makan dan bermain mereka. Ada juga yang mencari lebih banyak interaksi manusia.

Malah ada yang mencari ahli keluarga mereka yang hilang di rumah, berlama-lama di sekitar tempat mereka bermain atau tidur.

Berapa Lama Kucing Bersedih?

Biarpun ia bergantung pada kucing dan situasinya, tetapi dalam kajian pada tahun 2016 yang dijalankan di Australia dan New Zealand, kucing dan anjing menunjukkan perubahan tingkah laku selepas kematian haiwan peliharaan untuk tempoh purata kurang daripada enam bulan.

Walaupun sesetengah kucing menunjukkan peningkatan tingkah laku mencari perhatian dan seperti kesedihan selama berminggu-minggu dan berbulan-bulan, perubahan paling ketara sejurus selepas kematian haiwan peliharaan kesayangannya.

Kurang daripada enam bulan mungkin munasabah untuk kucing merasa duka.

Sama juga seperti manusia, walaupun anda sentiasa membawa kesedihan itu bersama anda, akhirnya anda perlu meneruskan hidup anda dan berkelakuan seperti biasa semula.

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Kucing Anda Sedang Bersedih?

Penawar terbaik untuk kesedihan kucing anda mungkin adalah anda sendiri.

Anda boleh meluangkan lebih banyak masa berinteraksi dengan mereka, galakkan mereka untuk bermain, berikan mereka makanan kegemaran mereka dan biarkan mereka menghidu bau seperti teman mereka yang telah tiada, supaya mereka masih mempunyai kebiasaan seperti itu.

Sesetengah haiwan mungkin dapat dibantu dengan penambahan haiwan peliharaan baharu ke dalam rumah, tetapi itu sangat bergantung pada individu tersebut.

Haiwan yang lebih muda mungkin bertindak balas dengan baik kepada teman baharu kerana mereka kehilangan seseorang untuk bermain bersama.

Tetapi bagi kucing yang lebih tua yang sudah biasa dengan tingkah laku mereka, itu mungkin sukar.

Sumber:www.rd.com
Intipati
  • Kucing dipercayai boleh bersedih selepas kehilangan teman rapat atau haiwan peliharaan lain.
  • Tanda biasa termasuk perubahan makan, kurang bermain dan lebih mencari perhatian manusia.
  • Pemilik boleh membantu dengan interaksi, permainan, makanan kegemaran dan rutin yang menenangkan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan