Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Aktres dan juga penyanyi dari Indonesia, Acha Septriasa mendedahkan bahawa dia hanya mempunyai satu buah pinggang setakat hidup hingga hari ini.
Menurut Suara.com, dia mengetahui hal tersebut ketika berusia 18 tahun dahulu selepas melakukan pemeriksaan kesihatan ketika itu.
Difahamkan disebabkan itulah, dia sering jatuh pengsan jika terlalu letih, selain turut sering mengadu sakit di bahagian sebelah kiri perutnya.
“Aku hanya mempunyai satu buah pinggang dari kecil tapi baru tahu setelah melakukan MRI ketika aku berusia 18 tahun.
“Berkarya sejak umur 15-16 tahun dan selama penggambaran filem aku kerap alami pengsan sebab terlalu penat,” jelasnya dalam sebuah saluran Youtube, lapor Suara.com.
Difahamkan, ketika membuat pemeriksaan imbasan dari kiri ke kanan tubuh, dia terlihat di bahagian kanan tubuhnya (dalaman) kosong.
Rupa-rupanya sebelah buah pinggangnya memang tidak ada. Jadi, doktor sahkan dia hanya memiliki satu buah pinggang sahaja.
Memetik Suara.com, fungsi buah pinggang adalah untuk menapis segala jenis sisa dan cecair tembahan daripada darah supaya ia boleh dikeluarkan dari badan melalui air kencing, lapor Healthline.
Menurut portal kesihatan itu, satu buah pinggang sahaja masih cukup untuk menapis darah dan memastikan badan berfungsi dengan normal.
Walau bagaimanpun, kebanyakan mereka yang mempunyai satu buah pinggang mungkin akan mengalami masalah kecil atau dalam jangka yang panjang.
Meneroka laman Kidney.org melalui Suara.com, mereka yang lahir dengan satu buah pinggang atau buah pinggang telah dikeluarkan sejak kecil berkemungkinan akan kehilangan beberapa fungsi tubuh pada masa akan datang.
“Ia biasanya mengambil masa sehingga kira-kira 25 tahun atau lebih untuk masalah seperti tekanan darah tinggi muncul.
“Walau bagaimanapun, kehilangan fungsi buah pinggang secara amnya sangat jarang dan jangka hayat pesakit adalah normal.
“Iaitu, satu buah pinggang yang sihat boleh berfungsi sama baik dengan dua buah pinggang,” lapor Suara.com.
Sumber: Suara.com, Healthline, Kidney.org