Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

80,000 Penyokong Tak Puas Hati, ‘Sign’ Petisyen Mahu Perlawanan Akhir EURO2020 Dimainkan Semula

Gambar via Google

Perlawanan Euro 2020 melabuhkan tirai dengan menyaksikan kekalahan England terhadap Itali, hasil jaringan gol penentu Azzuri. Manakala England terpaksa berputih mata apabila Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Bukayo Saka gagal menjaringkan gol dalam pusingan penalti.

Namun, peminat rata-rata merasakan berlaku ketidakadilan dalam kemenangan Itali kali ini. Oleh itu, pelbagai petisyen dibuat untuk mengadakan perlawanan semula England menentang Itali bagi piala Euro 2020. Setakat ini, petisyen tersebut telah ditandatangani oleh kira-kira 80 ribu orang di change.org.

Banyak berlaku kekasaran

Dalam perlawanan akhir Euro 2020 baru-baru ini, pemain sayap England, Saka dikasari Giorgio Chiellini dengan cara yang sangat ‘klinikal’, namun kapten pasukan Itali itu tidak diarahkan keluar padang oleh pengadil.

Gambar: Football.London

Malah aksi tackle yang dilakukan pemain Itali, Jorginho terhadap Jack Grealish dianggap meragukan namun tak juga dilayangkan kad merah.

Gambar: Dailystar

Menurut laporan Givemesport, Sharon Guilmen, individu yang bertanggungjawab membuat petisyen ini merasakan keputusan perlawanan tak adil kerana banyak kekasaran yang dilakukan pemain-pemain Itali.

“Itali patutnya dapat kad merah dengan gaya permainan seperti itu, dan perlawanan semula patut diadakan dengan pengadil yang tak berat sebelah,” katanya.

Sumber: Givemesport