Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

8 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri sehingga jam 5 petang ini.
Menurut kenyataan, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak, Sabah dan seluruh kawasan Perlis serta WP Labuan.
"Di Kedah, kawasan yang diramal hujan adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap. Manakala di Perak termasuk Kuala Kangsar dan Kinta.
"Di Kelantan pula termasuk di daerah Jeli dan Kuala Krai. Sementara di Terengganu pula melibatkan Marang, Dungun dan Kemaman.
"Selain itu, di Pahang, beberapa daerah dijangka hujan petang ini, iaitu Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong dan Kuantan.
"Beralih ke Sarawak, beberapa kawasan dijangka hujan seperti Sibu (Selangau), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang. Bagi Sabah pula di Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.