Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

8 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Iqbal Yasir
Hujan Lebat Petang
Kredit: Bernama

8 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 6 petang ini.

Menurut kenyataan negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan seluruh kawasan WP Kuala Lumpur.

Beberapa kawasan diramal hujan lebat petang ini

"Di Kedah, hanya daerah Bandar Baharu sahaja. Manakala di Perak pula termasuk Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

"Di Terengganu termasuk Dungun dan Kemaman. Selain di Pahang hanya daerah Rompin dan Selangor di Petaling Jaya.

"Beralih ke Negeri Sembilan, beberapa kawasan diramal hujan seperti Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin. Manakala di Johor hanya daerah Segamat.

"Bagi Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau)," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.