Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

73 Kem ATM Bakal Nikmati Internet Gentian Optik Menerusi Projek FTTH

INTERNET
Kredit: Facebook Fahmi Fadzil

Sebanyak 73 kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara bakal menikmati kemudahan Internet gentian optik menerusi projek Fibre To The Home (FTTH) bagi Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT).

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, projek berkenaan melibatkan kira-kira 59,420 unit RKAT, sekali gus menyediakan akses Internet yang lebih pantas dan stabil kepada warga ATM serta keluarga mereka.

Kredit: Facebook Fahmi Fadzil

Menurutnya, pakej Internet berkelajuan 100Mbps pada kadar RM49 sebulan turut ditawarkan, termasuk rebat RM10 bagi tempoh enam bulan pertama langganan.

“Melalui pakej 100Mbps pada kadar RM49 sebulan, termasuk rebat RM10 bagi enam bulan pertama langganan, kemudahan berkenaan diharap dapat menyediakan akses Internet yang lebih baik, pantas dan stabil kepada warga ATM,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian selepas meninjau perkembangan projek FTTH bagi RKAT di Kem Penrissen, Kota Samarahan, Sarawak.

Menurut Fahmi, di Sarawak, sebanyak sembilan kem ATM telah menerima manfaat projek berkenaan, melibatkan keseluruhan 3,600 unit RKAT.

Katanya, dua kem iaitu Kem Sri Aman dan Pangkalan Udara Kuching sudah bersedia untuk beroperasi, manakala kem lain masih dalam proses pelaksanaan.

“Saya turun padang untuk melihat sendiri kemajuan projek dan memastikan apa yang dirancang benar-benar dilaksanakan seperti yang sepatutnya.

“Insya-Allah, apabila siap nanti, manfaatnya dapat dirasai oleh warga ATM dan keluarga mereka,” katanya.

Intipati
  • Sebanyak 73 kem ATM bakal menerima Internet gentian optik menerusi projek FTTH RKAT.
  • Projek itu melibatkan kira-kira 59,420 unit RKAT di seluruh negara, menurut Fahmi Fadzil.
  • Di Sarawak, sembilan kem telah menerima manfaat, melibatkan keseluruhan 3,600 unit RKAT.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan