Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

7 Daripada 10 Rakyat Malaysia Berminat Dengan Pelayaran Eropah, Menurut Tinjauan YouGov

Pelayaran Eropah

MALAYSIA, 17 SEP 2026 – Eropah kekal sebagai antara destinasi impian utama pelancong Malaysia. Memandangkan pelancong mahu memanfaatkan percutian mereka di Eropah sepenuhnya, tinjauan terbaharu Royal Caribbean menunjukkan minat yang tinggi terhadap percutian kapal persiaran ke pelbagai destinasi.

Berdasarkan tinjauan YouGov* anjuran Royal Caribbean, 70% responden Malaysia berminat untuk meneroka Eropah menerusi percutian kapal persiaran ke pelbagai destinasi. Ini menandakan peningkatan minat untuk melawat lebih banyak lokasi dalam satu percutian dengan cara yang lebih mudah dan santai. Dapatan ini seiring dengan pelayaran sulung Legend of the Seas di Eropah, kapal terbaharu Icon Class milik Royal Caribbean yang menawarkan percutian Mediterranean berlepas dari Barcelona, Sepanyol dan Rome (Civitavecchia), Itali.

Menghubungkan destinasi popular seperti Palma de Mallorca di Sepanyol, Provence di Perancis, serta Florence, Rome, Naples dan Capri di Itali, Legend menggabungkan lokasi paling ikonik di Eropah dengan pengalaman Icon Class ciptaan Royal Caribbean yang revolusioner. Ini memberi para tetamu lebih banyak pilihan untuk meneroka Eropah dalam satu percutian.

Memanfaatkan Masa di Eropah Sepenuhnya

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang merancang percutian pelbagai destinasi di Eropah, memanfaatkan masa sebaik mungkin menjadi keutamaan iaitu meluangkan lebih banyak masa menikmati percutian dan mengurangkan kerumitan menguruskan perjalanan. Sebanyak 88% responden Malaysia menyatakan bahawa perjalanan ke pelbagai bandar di Eropah ada kesulitannya. Penangguhan dan pembatalan penerbangan menjadi punca tekanan utama (57%), diikuti oleh pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang (36%), pengurusan bagasi rentas negara (35%) dan tempoh transit yang lama (34%).

Pada masa yang sama, pelancong Malaysia amat menghargai kemudahan percutian kapal persiaran. Kelebihan utama yang menjadi pilihan mereka termasuk kemudahan sajian dan hiburan inklusif (47%),

kelancaran melawat pelbagai destinasi (41%), aktiviti mesra keluarga (39%) serta dapat mengelak daripada urusan di lapangan terbang seperti daftar masuk, pemeriksaan keselamatan dan kelewatan (37%).

Bercuti di Eropah terus menjadi antara impian utama pelancong tempatan. Itali dan United Kingdom berkongsi kedudukan teratas sebagai destinasi Eropah paling popular pilihan rakyat Malaysia pada kadar 45%, diikuti oleh Perancis (34%), Sepanyol (30%) dan Greece (28%).

“Percutian ke Eropah merupakan antara impian hidup bagi ramai rakyat Malaysia dan pengalaman di sepanjang perjalanan itu adalah sama pentingnya dengan destinasi yang dilawati. Mereka mengidamkan percutian yang mudah dan lancar agar dapat memberi lebih masa untuk meneroka tempat baharu serta mencipta kenangan indah bersama keluarga dan insan tersayang. Atas faktor inilah kami melihat peningkatan minat terhadap pelayaran ke pelbagai destinasi,” kata Ben Bouldin, Presiden Greater China dan Pengarah Urusan Asia, Royal Caribbean. “Legend of the Seas menandakan satu detik penting apabila kami membawakan percutian Icon Class ke Eropah buat julung kalinya. Ia memberikan para pelancong cara yang lebih mudah untuk merasai pengalaman Icon Class sambil meneroka pelbagai destinasi Eropah dalam satu kunjungan, seterusnya mempelbagaikan cara mereka meneroka Eropah tanpa menjejaskan kualiti percutian.”

Trend Pelayaran Kapal Persiaran Meningkat Sebagai Cara Mudah Meneroka Eropah Dalam lima pasaran yang ditinjau, Malaysia menduduki tangga ketiga dari segi minat terhadap pelayaran pelbagai destinasi di Eropah. Ini mencerminkan trend semasa pelancong tempatan yang lebih mengutamakan percutian santai serta berpeluang melawat pelbagai destinasi dengan mudah.

Dapatan di peringkat rantau ini menunjukkan bahawa pelayaran pelbagai destinasi memikat hati pelancong yang inginkan percutian Eropah yang lebih lancar, terutamanya buat mereka yang berkeluarga atau mahu memudahkan urusan logistik antara bandar.

  • 80% responden yang pernah bercuti di Eropah menyatakan minat untuk mencuba pelayaran kapal persiaran ke pelbagai destinasi Eropah.

  • 81% ibu bapa yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun mendapati konsep pelayaran pelbagai destinasi di Eropah amat menarik.

  • Kapal persiaran menduduki tempat pertama sebagai mod pengangkutan pilihan di Eropah dalam kalangan lima pasaran yang ditinjau pada kadar 26%, mengatasi kereta api, penerbangan jarak pendek, kenderaan persendirian serta bas.

Mengubah Masa Perjalanan Menjadi Masa Percutian

Menerusi Legend of the Seas, perjalanan antara destinasi dijadikan sebahagian daripada pengalaman bercuti. Bagi pelancong Malaysia, 87% menunjukkan minat yang tinggi terhadap tawaran hiburan dan pengalaman mesra keluarga di atas kapal, manakala 86% mencari aktiviti riadah serta cabaran mengujakan di atas kapal.

Dalam kalangan pelancong Malaysia, tarikan di atas kapal yang paling diminati termasuk:

  • America's Got Talent LIVE (38%) – persembahan residensi pertama di atas laut yang menampilkan bakat-bakat daripada pentas Got Talent.

  • Surfside Neighbourhood (37%) – kawasan khas mesra keluarga yang dilengkapi Splashaway Bay, Playscape serta pilihan restoran keluarga.

  • Category 6 Waterpark (37%) – taman tema air terbesar di atas laut yang menampilkan enam gelongsor yang memecah rekod.

Pelayaran Eropah
Pelayaran Eropah

Pengalaman Gastronomi Sebahagian Daripada Destinasi

Pengalaman gastronomi merupakan satu lagi cara Legend of the Seas mengeratkan hubungan sesama tetamu, sama ada menerusi konsep sajian imersif, ruang santapan mesra keluarga, mahupun hidangan kegemaran ramai. Antara kelainan yang ditawarkan, Royal Railway – Legend Station tampil sebagai tarikan paling dinantikan, disusuli pelbagai pilihan destinasi kulinari lain daripada stik klasik hingga sajian berkonsepkan inovasi global.

Pengalaman gastronomi yang paling teruja untuk dicuba oleh pelancong merangkumi:

  • Royal Railway – Legend Station: 25%
    Pengalaman menjamu selera imersif di dalam gerabak kereta api bersaiz sebenar, menampilkan kembara gastronomi lima hidangan mengikut tema Laluan Sutera.

  • Chops Grille: 22%
    Restoran stik terkemuka Royal Caribbean yang terkenal dengan potongan daging premium, makanan laut segar dan hidangan sampingan klasik.

  • AquaDome Market: 15%
    Medan selera yang menampilkan pelbagai gerai makanan antarabangsa dan pilihan hidangan sepanjang hari.

  • Izumi in the Park: 15%
    Kios makanan jalanan Jepun kasual yang menyajikan sushi gulung, snek panas dan pencuci mulut.

  • Surfside Eatery: 12%
    Restoran berkonsepkan keluarga yang terletak di zon Surfside.

  • Hollywoodland Supper Club: 11%
    Kelab santapan anggun yang diilhamkan daripada zaman kegemilangan Hollywood, dilengkapi persembahan muzik jaz, koktel serta penceritaan bertema teater.

Para pelancong kini boleh membuat tempahan percutian Mediterranean bersama Legend of the Seas menerusi laman web rasmi Royal Caribbean.

Intipati
  • Tinjauan mendapati 70% responden Malaysia berminat meneroka Eropah melalui pelayaran pelbagai destinasi.
  • Sebanyak 88% responden menyatakan perjalanan antara bandar Eropah mempunyai kesulitan logistik.
  • Legend of the Seas menawarkan pelayaran Mediterranean dari Barcelona dan Rome dengan tarikan mesra keluarga.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan