Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

60,000 Jemaah Haji Sudah Tiba Di Mekah, Hanya Individu Lengkap 2 Dos Vaksin Dan Tiada Penyakit Kronik Dibenarkan

Umat Islam sudah tiba di Kota Mekah bagi menunaikan rukun Islam kelima iaitu ibadah Haji. Hanya 60,000 jemaah haji dibenarkan menunaikan ibadah kali ini selepas dipilih mendapat ‘tiket emas’ untuk tahun ini.

Kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan bukan pemastautin menunaikan ibadah Haji kali ini kerana masih bimbang dengan penularan wabak pandemik Covid-19 yang sedang mengganas dengan bermacam varian.

Ini adalah tahun kedua kerajaan Arab Saudi membenarkan jemaah berskala kecil menunaikan ibadah Haji ketika pandemik ini menular dan hanya pemastautin sahaja dibenarkan menunaikan ibadah.

Semua 60,000 jemaah yang hadir ini telah lengkap dua dos vaksin berumur dari 18 hingga 65 tahun dan tidak menghidap penyakit kronik. Arab Saudi masih belum membenarkan jemaah antarabangsa untuk hadir menyertai ibadah haji kali ini.

Kerajaan Malaysia tidak menghantar jemaah haji pada kali ini dan pengumuman itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri selepas kerajaan Saudi tidak membenarkan jemaah antarabangsa untuk turut serta.

Kredit: Daily Mail