Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

58 MRSM Bakal Terima Warden Dalam Kalangan Bekas Anggota Beruniform Tahun Hadapan

Azizah Najib
bekas anggota warden mrsm
Kredit: Bernama

58 MRSM Bakal Terima Warden Dalam Kalangan Bekas Anggota Beruniform Tahun Hadapan

Semua 58 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) akan mempunyai warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota beruniform bermula tahun hadapan, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menerusi hantaran di laman Facebook peribadinya, Ashraf berkata pemilihan bekas anggota beruniform itu akan dilaksanakan secara ketat dan mereka juga diwajibkan menjalani latihan khusus.

Menurutnya, latihan tersebut bertujuan memastikan setiap warden memahami Falsafah Pendidikan MARA sebelum memulakan tugas di MRSM.

“Bermula tahun depan semua 58 MRSM akan ada warden sepenuh masa dikalangan bekas anggota beruniform dengan pemilihan yang ketat dan wajib melalui latihan untuk faham Falsafah Pendidikan MARA,” ujarnya.

Beliau menambah, pelaksanaan warden sepenuh masa itu juga bertujuan mengurangkan beban tugas guru di MRSM.

“Guru-guru tidak perlu lagi terbeban dengan tugas warden, hanya fokus mengajar, mendidik dan kemenjadian pelajar,” maklumnya lai.

Langkah itu dijangka membolehkan guru memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta pembangunan pelajar di MRSM.