Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

560 Stesen Minyak Petron Raih Penarafan Tandas 4 & 5 Bintang, Diiktiraf MBOR

560 Stesen Minyak Petron
Kredit: Facebook KPKT Malaysia

Petron Malaysia sememangnya dikenali dengan penekanan terhadap aspek kebersihan dan keselesaan, khususnya dalam memastikan kemudahan tandas di stesen minyak sentiasa bersih, terjaga dan selesa untuk digunakan oleh orang ramai.

Ini terbukti apabila Petron menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR), atas pencapaian jumlah stesen minyak tertinggi di Malaysia yang memperoleh penarafan kebersihan tandas empat dan lima bintang.

Penilaian tersebut diberikan oleh pihak berkuasa tempatan, manakala pengiktirafan MBOR pula, telah mendapat sokongan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Kredit: Facebook KPKT Malaysia

“Pengiktirafan yang diberikan ini mencerminkan komitmen berterusan sektor swasta dalam meningkatkan standard kebersihan tandas dan keselesaan pengguna,” menurut Facebook KPKT Malaysia.

Majlis pengiktirafan tersebut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, sebagai tanda sokongan KPKT terhadap usaha dalam memperkukuh budaya kebersihan serta meningkatkan lagi kualiti kemudahan awam yang ada di seluruh negara.

Berdasarkan penilaian yang dibuat pada Jun 2025, sebanyak 560 stesen minyak Petron, bersamaan dengan 86 peratus daripada keseuruhan rangkaiannya ketika itu, berjaya memperoleh penarafan empat dan lima bintang.

Menurut KPKT, pencapaian semasa turut menunjukkan peningkatan kepada 91 peratus, hasil usaha berterusan dalam aspek kebersihan, penyelenggaraan dan keselesaan pengguna.

Kredit: Facebook KPKT Malaysia
Kredit: Facebook KPKT Malaysia

KPKT berkata pihaknya mengalu-alukan kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta dalam membudayakan kebersihan tandas sebagai tanggungjawab bersama.

“Kemudahan tandas yang bersih, selamat dan selesa bukan sahaja dapat mencerminkan kualiti perkhidmatan, malah turut melambangkan budaya sivik yang diterapkan, serta komitmen yang diberikan terhadap kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Intipati
  • Petron Malaysia menerima pengiktirafan MBOR bagi jumlah stesen minyak tertinggi berpenarafan tandas baik.
  • Sebanyak 560 stesen Petron memperoleh penarafan kebersihan tandas empat dan lima bintang.
  • KPKT menyokong kerjasama awam-swasta bagi meningkatkan kebersihan dan keselesaan kemudahan awam.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan