Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

5 Fakta Menarik Yang Buktikan Proton X50 Kekal SUV No. 1 Malaysia

KEKAL

5 Fakta Menarik Yang Buktikan Proton X50 Kekal SUV No. 1 Malaysia

Apabila All-New Proton X50 diperkenalkan pada Julai 2025, ia hadir dengan jangkaan yang sangat tinggi. Proton X50 generasi pertama telah mengubah landskap automotif tempatan dengan mentakrif semula jangkaan rakyat Malaysia terhadap sebuah SUV segmen-B menerusi gabungan reka bentuk, prestasi, teknologi dan ciri keselamatan dalam satu pakej.

Dua belas bulan kemudian, pencapaiannya membuktikan segalanya. Dengan 32,254 unit terjual sepanjang tahun pertamanya, All-New Proton X50 sekali lagi membuktikan mengapa ia terus dinobatkan sebagai King of SUVs. Berikut ialah lima sebab mengapa King of SUVs terus menguasai jalan raya.

1. Mengubah segmen dan terus menerajuinya

Tidak banyak model yang benar-benar boleh mendakwa telah mengubah keseluruhan segmen, namun Proton X50 merupakan salah satu daripadanya.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2020, Proton X50 telah meningkatkan penanda aras bagi sebuah SUV kompak. Lima tahun kemudian, walaupun persaingan semakin sengit, penanda aras itu masih kekal sama.

Setahun selepas pelancaran All-New Proton X50, rakyat Malaysia terus memberikan kepercayaan kepada model ini, membuktikan bahawa ikon sebenar bukan sekadar mengikut trend, malah menciptanya.

2. Lebih daripada sebuah kenderaan, ia menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia

Sejak tahun 2020, hampir 175,000 unit Proton X50 telah menemui pemiliknya di seluruh dunia. Di sebalik setiap pembelian, tersimpan pelbagai kisah. Ada yang menjadikan Proton X50 sebagai kereta pertama mereka, manakala yang lain memilihnya apabila keluarga semakin berkembang, kerjaya semakin maju atau kehidupan memasuki fasa baharu.

Hari ini, pemilik Proton X50 terus berkongsi pengalaman mereka di Facebook, Instagram, TikTok dan XiaoHongShu, sekali gus membentuk antara komuniti automotif terbesar dan paling aktif di Malaysia. Mungkin inilah pencapaian paling bermakna Proton X50. Ia bukan sekadar sebuah kenderaan, tetapi telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia.

3. Angka yang menceritakan sebuah kejayaan luar biasa

Sepanjang tahun pertamanya, All-New Proton X50 mencatatkan jualan sebanyak 32,254 unit. Jika kesemua kenderaan tersebut disusun dari bampar ke bampar, panjangnya dianggarkan mencecah 132 kilometer, hampir menyamai jarak antara Kuala Lumpur dan Melaka.

Secara kolektif, kenderaan-kenderaan ini mampu mencatat lebih 603 juta kilometer perjalanan berdasarkan anggaran penggunaan sejauh 20,000 kilometer setahun bagi setiap kenderaan. Jarak itu bersamaan dengan mengelilingi bumi lebih 15,000 kali.

Ia bukan sekadar angka, tetapi melambangkan jutaan perjalanan, kenangan dan detik bermakna yang dikongsi bersama keluarga di seluruh negara.

4. Inovasi dan keselamatan bergerak seiring

Sepanjang perjalanannya, Proton X50 terus berevolusi bagi memenuhi keperluan pemandu moden. Daripada memperkenalkan enjin turbo tiga silinder pertama PROTON kepada empat silinder terbaharu, sehinggalah sistem arahan suara "Hi PROTON" yang dilengkapi pembantu maya Aisyah, Proton X50 sentiasa memperkenalkan teknologi yang dibangunkan khusus untuk rakyat Malaysia.

Di samping prestasi dan ketersambungan, aspek keselamatan terus menjadi antara tunjang utama kejayaannya. Dilengkapi ciri ADAS Tahap 2 serta menerima penarafan keselamatan 5 Bintang ASEAN NCAP, Proton X50 memberikan keyakinan dan ketenangan minda yang lebih tinggi kepada pemandu serta keluarga dalam setiap perjalanan.

Semua ini mencerminkan kepercayaan PROTON bahawa inovasi bukan sekadar memperkenalkan teknologi baharu, tetapi menjadikan setiap pemanduan lebih pintar, lebih selamat dan lebih menyeronokkan untuk rakyat Malaysia.

5. Fakta yang membuktikan mengapa rakyat Malaysia terus memilih Proton X50

All-New Proton X50 menjadi pilihan pelbagai lapisan masyarakat, dengan purata umur pemiliknya hanya 36 tahun.

Pada masa sama, pembeli Malaysia juga semakin berani dalam pilihan warna mereka. Snow White kekal sebagai warna paling popular dengan 31% daripada jumlah jualan, diikuti Teal Bayou Green (24%) dan Armour Silver (18%).

Secara keseluruhannya, angka-angka ini menceritakan satu perkara yang jelas. Gabungan prestasi, teknologi pintar, ciri keselamatan termaju dan praktikaliti untuk kegunaan harian terus menjadikan All-New Proton X50 antara SUV paling menarik dalam kelasnya.

All-New Proton X50 kekal seperti yang sentiasa dijanjikan sejak hari pertama iaitu sebuah kenderaan yang dibina untuk rakyat Malaysia, direka berdasarkan keperluan mereka dan terus mendapat kepercayaan lebih ramai rakyat Malaysia setiap tahun.

Setahun selepas pelancarannya, kisah All-New Proton X50 masih terus berkembang dan King of SUVs terus menguasai jalan raya.

Intipati
  • All-New Proton X50 mencatat 32,254 unit jualan sepanjang tahun pertama pelancarannya.
  • Hampir 175,000 unit Proton X50 telah menemui pemilik di seluruh dunia sejak 2020.
  • Model itu dilengkapi ADAS Tahap 2 dan menerima penarafan lima bintang ASEAN NCAP.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan