Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

4 Risiko Parkir Kereta Tengah Panas
Malaysia memang terkenal dengan iklim panas dan lembap sepanjang tahun.
Negara kita juga tak terlepas dari fenomena el-nino iaitu cuaca panas dan kering berpanjangan.
Jadi kereta kita juga sangat mudah terdedah dengan terik cahaya matahari jika parkir di kawasan tidak berbumbung dalam tempoh masa yang lama.
SK nak berkongsi empat keburukkan jika kereta anda selalu parkir di bawah terik matahari dan tip untuk kurangkan kesan buruk ini.
Keburukkan yang pertama adalah, cat pada badan kereta cepat pudar dan kusam kerana sinar UV mampu memecahkan perlindungan cat.
Lama-kelamaan warna kereta akan kelihatan kusam dan pudar malah boeh mengelupas terutamanya kereta warna merah, hitam atau putih.

Selain itu, komponen luaran yang diperbuat daripada getah atau plastik akan cepat rosak dan reput seperti wiper, getah tingkap dan bumper.
Papan pemuka kereta juga mudah jadu pudar warnanya dan lebih teruk ia boleh reput dan retak jika dibiarkan tanpa penyelenggaraan.
Haba yang melampau boleh menyebabkan material plastik atau kulit dashboard mengecut, luntur warna dan retak akhirnya.
Jika kereta anda menggunakan kusyen dibalut kulit, kulit tersebut boleh jadi kering, keras dan mudah merekah dan kusyen fabrik pula boleh cepat pudar warnanya.
Ramai anggap hanya cuaca sejuk berisiko rosakkan bateri tapi ramai tak tahu haba yang melampau juga mampu memendekkan jangka hayat bateri kereta.
Sistem pendingin udara juga akan bekerja lebih keras dari biasa untuk menyejukkan kereta dan ia boleh memendekkan jangka hayat kompresor.
Komponen plastik dan gam di dalam kereta boleh membebaskan gas kimia berbahaya jika terdedah kepada haba yang tinggi.
Sebab itu, penting untuk buka tingkap sedikit sebelum memulakan pemanduan untuk mengeluarkan haba panas yang terperangkap dalam kereta.
Barang- barang seperti pemetik api, botol air plastik dan power bank boleh jadi punca letupan atau kebakaran jika ditinggalkan dalam kereta yang panas.
Bagi mengelakkan kereta terdedah kepada haba yang panas, cuba gunakan pelindung matahari (sunshade) jika kereta selalu parkir di kawasan terbuka.
Pemilihan tinted berkualiti juga penting yang mempunyai perlindungan UV dan penolakkkan haba (IRR) yang tinggi.
Jika kereta parkir di bawah terik matahari, turunkan sedikit tingkap kereta sekitar 1cm supaya pengaliran udara dan haba tidak terperangkap dalam kereta.
Semoga bermanfaat.