Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Seramai 31,243 jemaah haji Malaysia kini telah berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata penerbangan terakhir hari ini menandakan keseluruhan 100 penerbangan bersama 31,600 jemaah selamat mendarat.

"Alhamdulillah, setakat ini, sebanyak 99 penerbangan sewa khas disediakan melalui AMAL by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines daripada KLIA telah selamat tiba di Lapangan Terbang Madinah dan Jeddah.
"Penerbangan terakhir dijangka akan tiba esok (Rabu) dalam jam 9.10 malam, InsyaAllah," katanya.
Zulkifli turut mengulas mengenai perjalanan operasi haji bagi musim ini.

Beliau berpuas hati kerana semua yang dirancang berjalan dengan lancar.
"Pastinya, kecekapan Tabung Haji dalam pengurusan haji sentiasa diiktiraf sebagai model terbaik dunia.
"Tabung Haji telah menerima empat anugerah Labaytum daripada Kerajaan Arab Saudi dengan pengiktirafan tertinggi, Labaytum Diamond Award yang diterima dalam Operasi Haji tahun lalu bagi kategori pengurusan haji terbaik di dunia.
"Bersyukur juga kerana saya dimaklumkan rata-rata jemaah haji Malaysia kini berada dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk menjalani kemuncak ibadah haji, Operasi Masyair yang akan menjelang tiba tidak lama lagi," ujarnya.
Tambahnya lagi, kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan tarikh bagi 1 Zulhijjah jatuh pada 18 Mei, menandakan hari wuquf iaitu 9 Zulhijjah akan tiba kurang dari tujuh hari lagi.
Persediaan operasi Masya’ir pula sedang dalam persiapan akhir bagi menyambut jemaah haji Malaysia bermula 25 Jun bersamaan 8 Zulhijjah.