Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"2026 Bukan Tahun Saya..." George Russell Akui Sukar Harungi Musim Ini, Harap Tuah Kembali Menyebelahi

George Russell Sukar Harungi Musim Ini
Kredit: George Russell

Pelumba Mercedes-AMG Petronas, George Russell mengakui 2026 bukan tahun terbaiknya selepas berdepan pelbagai cabaran sepanjang musim ini.

Menerusi satu hantaran, Russell berkata musim ini bermula seperti yang diharapkan, namun keadaan berubah apabila nasib tidak menyebelahinya dan prestasi semakin merosot.

Menurutnya, ini merupakan musim pertama sepanjang kariernya apabila dia lebih banyak melalui hari-hari sukar berbanding detik menggembirakan.

“Sukarkah untuk saya menghadapinya? Ya, sangat sukar. Sukarkah untuk saya bangkit semula setiap minggu? Ya, sangat sukar. Ada kalanya saya sendiri keliru? Kerap kali.

“Apa yang saya tahu, saya sudah memberikan segala-galanya dan 2026 memang bukan tahun saya,” katanya.

George Russell Akui Sukar Harungi Musim Ini

Dalam pada itu, Russell turut merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan Mercedes atas usaha menghasilkan jentera serta unit kuasa terbaik musim ini.

Ujarnya, dia kagum melihat seluruh pasukan terus berganding bahu selama empat tahun penuh cabaran demi mengembalikan Mercedes ke kedudukan teratas.

“Sangat mengagumkan melihat semua orang bersatu selama empat tahun yang penuh cabaran untuk membawa Mercedes kembali ke puncak,” ujarnya.

Bagaimanapun, Russell menegaskan dia tidak akan berputus asa dan berjanji memberikan sepenuh tenaga sepanjang baki musim ini serta musim hadapan.

Dia juga berharap dapat kembali mempamerkan prestasi terbaik seperti yang pernah ditunjukkan sepanjang sebahagian besar kariernya, selain mengharapkan nasib kembali menyebelahi dirinya.

“Apa yang mampu saya janjikan sekarang ialah saya akan terus memberikan segala-galanya sepanjang baki musim ini dan musim hadapan demi mendapatkan semula prestasi yang pernah saya tunjukkan sepanjang sebahagian besar karier saya.

“Saya juga berharap agar sedikit tuah kembali menyebelahi saya. Terima kasih atas segala sokongan yang diberikan,” katanya.

Sementara itu, dalam hantaran sama, Russell turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada rakan sepasukannya, Kimi Antonelli atas kejayaan cemerlang yang diraih sepanjang musim ini.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kimi atas pencapaian luar biasa sepanjang musim ini. Anda benar-benar layak bergelar juara,” katanya.

Sumber:Instagram
Intipati
  • George Russell mengakui 2026 bukan tahun terbaiknya selepas berdepan pelbagai cabaran musim ini.
  • Russell berkata musim ini lebih banyak dipenuhi hari sukar berbanding detik menggembirakan.
  • Beliau berjanji terus berusaha pada baki musim dan musim hadapan bersama Mercedes.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan